Get $25 free
loading...

Bajet Sabah: NGO puji komitmen Musa Aman perkasa wanita

Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah berkata, Musa Aman mengiktiraf peranan penting dimainkan wanita dalam memacu pembangunan negara dan negeri.

Aminah-AmbroseKOTA KINABALU: Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah memuji Bajet Sabah 2018 kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk meningkatkan kesejahteraan wanita di negeri ini.

Presidennya, Datuk Aminah Ambrose berkata, bajet tahun depan itu akan disalurkan bagi memperkasakan wanita menerusi pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) serta Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

“Bajet berpaksikan rakyat ini meliputi semua segmen masyarakat termasuk wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mengiktiraf peranan penting dimainkan wanita dalam memacu pembangunan negara dan negeri.

“Bajet 2018 ini menawarkan yang terbaik untuk wanita, meningkatkan peranan kami dalam membangunkan institusi keluarga dan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata, melalui peningkatan peruntukan dalam Kredit Mikro dan Usahawan Desa, golongan itu akan diperkasakan untuk melahirkan usahawan wanita dan mendapat kedudukan lebih baik dalam perniagaan.

Aminah yang juga ketua Wanita Umno Kudat berkata, program Pembangunan Keusahawanan bagi ibu tunggal dan wanita miskin akan dilengkapi pengetahuan dan kemahiran yang dapat membantu meningkatkan kehidupan mereka.

“Saya sukacita menyatakan kerajaan negeri mengakui peranan wanita tidak boleh diketepikan kerana kita melahirkan generasi dan pemimpin masa depan yang akan memikul tanggungjawab dan menerajui negeri ini menjadi lebih berjaya,” katanya.

Ekonomi mengukuh, Musa umum peruntukan program rakyat naik 100%, bonus


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...