Get $25 free
loading...

(APCOM) Beri Anugerah Hero Pada Mak Nyah Kelahiran Malaysia

Share This:

Khartini Slamah ,aktivis mak nyah kelahiran Malaysia itu baru-baru ini,dikatakan dianugerahkan Anugerah Hero oleh kumpulan Pembela Minoriti Seksual (APCOM) yang berpangkalan di Bangkok pada 12 November 2017.

Beliau juga dikenali sebagai pertahanan hak asasi manusia transgender Malaysia dan seorang pelopor aktivis HIV / AIDS dan hak-hak orang-orang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di peringkat negara,serantau dan antarabangsa.

Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun bekerja rapat dengan komuniti pekerja transgender dan pekerja seks di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

Sebelum ini,Khartini memulakan kerjanya sebagai pembela hak asasi manusia apabila pihak berkuasa Malaysia menyamannya untuk ‘berpakaian salib’, di bawah undang-undang syariah.

Menurut The Malay Mail Online, Khartini Slamah atau lebih dikenali sebagai Kak Tini di kalangan rakan-rakannya merupakan seorang bekas Pegawai Program Transgender di bawah Program ISEAN Hivos (IHP), sebuah program yang ditubuhkan oleh Pink Triangle (PT) Foundation untuk melindungi komuniti HIV dan AIDS yang terancam di negara Indonesia, Malaysia, Filipina dan Timor Leste.

Pada tahun 2014, Khartini pernah memberitahu The Malay Mail Online bahawa kehidupan sebagai seorang transgender terutamanya transgender Muslim semakin terancam bermula pada tahun 1995 apabila pihak berkuasa agama seringkali mengadakan serbuan dan mendera mereka secara verbal terutamanya dengan soalan berkaitan pegangan mereka terhadap agama Islam.

Pink Triangle Foundation juga dikatakan adalah pertubuhan yang antara lain memperkasa golongan mak nyah di negara ini dan dipimpin oleh ahli dari Kumpulan Melayu ‘Berpengaruh’, G25, Faridah Khalid.

Menurut sumber dalaman,sebelum ini,pada tahun 2014,pengamal Islam Liberal dan juga pengasas bersama kumpulan Melayu ulung G25 itu dikatakan pernah menjadikan Mufti Perlis, Dr Asri itu sebagai rujukan mereka.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...