Get $25 free
loading...

“Tiada Siapa Beritahu Apa Yang Berlaku”-Penumpang Kesal Reaksi Panik Anak Kapal

Share This:

Tingkah laku anak kapal dalam penerbangan QZ535 AirAsia selepas pesawat itu menghadapi masalah tekanan udara semalam telah menerima kritikan penumpang.

Menurut sumber ,seorang penumpang berkata insiden yang mencemaskan itu telah menjadi semakin menakutkan dengan reaksi ditunjukkan anak kapal.

“Suasana makin panik dengan tingkah laku anak kapal yang menjerit, ada yang kelihatan menangis dan terkejut.

“Kami memandang mereka untuk jaminan keselamatan tapi jadi lebih bimbang apabila melihat mereka panik,” kata penumpang Clare Askew.

Seorang lagi penumpang memberitahu Nine News, salah seorang kakitangan penerbangan berlari sehingga menyebabkan suasana panik.

“Kami fikir ‘kenapa dia berlari?’ Kemudian topeng udara jatuh dan semua orang mula panik.

“Tiada siapa yang beritahu kami apa yang sedang berlaku,” katanya.

Satu lagi laporan oleh Sky News memetik seorang wanita yang mendakwa suasana lebih panik apabila rakaman dalam penerbangan bukan dalam bahasa Inggeris semasa insiden itu berlaku.

“Ia agak menakutkan. Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku kerana semua rekod dalam pesawat ada dalam semua bahasa tapi bukan bahasa Inggeris,” kata wanita itu.

Agensi berita itu juga memetik seorang budak lelaki yang tidak dinamakan yang mendakwa bahawa dia fikir akan mati dalam penerbangan itu.

Penerbangan QZ535 dari Perth ke Bali terpaksa berpatah balik selepas kira-kira 25 minit berlepas.

Tidak pasti apa yang menyebabkan pesawat itu kehilangan tekanan udara.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...