Get $25 free
loading...

Tariq Ramadan dituduh rogol, serangan seksual

Aktivis Henda Ayari menuduh Tariq Ramadan merogol, serangan seksual, keganasan dan intimidasi.

tariq-ramadan-sexual-abuse-womanPARIS: Aduan rogol dan serangan seksual difailkan di Perancis pada Jumaat terhadap Islamis warga Switzerland, Prof Tariq Ramadan oleh seorang beka salafi, Henda Ayari.

Aduan yang difailkan di pejabat pendakwa raya bandar Rouen di barat laut Perancis oleh aktivis sekular itu memperincikan perilaku rogol, serangan seksual, keganasan, gangguan dan intimidasi, menurut dokumen yang dilihat AFP.

Badan Liberators Association, di mana Ayari memegang jawatan presiden, berkata di Facebook bahawa aktivis itu “mangsa sesuatu yang sangat serius beberapa tahun lalu” tetapi tidak mendedahkan nama penyerangnya atas sebab keselamatan.

Dalam buku “I chose to be free”, yang diterbitkan pada November 2016, beliau memberikan nama Zubair pada penyerangnya.

Dalam penulisannya Ayari berkata beliau menemui lelaki itu di sebuah hotel di Paris selepas pemikir Islamis itu memberikan kuliah.

“Saya tidak akan ceritakan secara terperinci apa yang sudah dia lakukan pada saya. Cukuplah yang dia mengambil kesempatan ke atas kelemahan saya,” kata Ayari.

Dalam bukunya Henda berkata lelaki itu menjerit, menghina, menampar dan melayannya secara ganas apabila pada satu tahap beliau cuba memberontak.

“Hari ini saya mengesahkan bahawa Zubair yang terkenal itu ialah Tariq Ramadan,” kata Ayari di Facebook.

Peguam Ayari, Jonas Haddad berkata, plaintif tidak melaporkan serangan itu sebelum ini kerana ketakutan.

“Selepas pendedahan mengenai dakwaan rogol dan serangan seksual di media dalam beberapa hari kebelakangan ini, Ayari mengambil keputusan untuk menceritakan apa yang berlaku dan ambil tindakan undang-undang,” katanya kepada AFP.

AFP tidak dapat menghubungi Tariq Ramadan yang tidak bertindak ke atas dakwaan di media sosial.

Ramadan, 55, merupakan cucu kepada pengasas Ikhwan Muslimin di Mesir. Beliau adalah profesor pengajian Islam kontemporari di Universiti Oxford, United Kingdom.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...