Get $25 free
loading...

Suspek Bersenjata Parang Dan Pisau Diburu Polis,Remaja 17 Tahun Parah Dibelasah

Share This:

Sekumpulan 15 orang lelaki bersenjata parang dan pisau di tingkat bawah flat di Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam menyerang seorang remaja lelaki selepas menegur dan menasihati dua daripada suspek berusia 20-an itu yang memasang lagu dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta yang diletakkan di kawasan flat berkenaan.

Remaja berusia 17 tahun,berkenaan parah di belakang badan dan kepalanya apabila diserang beramai-ramai dalam kejadian pukul 2.05 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, akibat teguran itu, berlaku pertengkaran dan pergaduhan kecil antara mereka.

Berikutan pertengkaran itu, datang lagi sekumpulan suspek lain dipercayai rakan suspek yang awal itu dengan menaiki kereta serta beberapa motosikal.

“Mereka mengerumuni mangsa dan terdapat beberapa orang suspek membawa parang dan pisau menyerang mangsa seorang diri.

“Hasil siasatan awal mendapati semua suspek itu bukan penghuni di kawasan flat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Jokhiri, kes masih dalam siasatan pihaknya mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan senjata.

“Sehingga kini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kita sedang giat memburu semua suspek yang terbabit,” katanya.

Pada masa sama, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan atau menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...