Get $25 free
loading...

Sempatkah Warisan Sabah “Di Wariskan”?

Share This:

Boleh dikatakan, lepas seorang demi seorang pemimpin Parti Warisan Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bermula dengan penahanan Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony, kemudian berjangkit dengan bekas-bekas pegawai politik Shafie sehinggalah penahanan Shafie sendiri semalam.

Kesemuanya ditahan setelah pihak SPRM mendapat aduan dan menyiasat sendiri penyelewengan wang bantuan terus dari kerajaan sebanyak RM 1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang pada ketika itu diketuai oleh Shafie sendiri untuk membangunkan kawasan luar bandar di Sabah.

Secara tiba-tiba kes ini meraih perhatian rakyat Malaysia apatah lagi sebelum ini, dua orang pegawai Jabatan Bakalan Air Sabah juga ditahan berikutan penemuan wang tunai dan harta benda yang dianggarkan bernilai lebih RM 120 juta di dalam rumah salah seorang suspek. Ianya juga adalah penyelewengan dana kerajaan sebanyak RM 3.3 bilion untuk membaik pulih dan mempertingkatkan mutu bekalan air di kawasan luar bandar.

Melihat kepada penahanan orang-orang kuat Parti Warisan Sabah ini, timbul persoalan, sempatkan parti Warisan ini diwariskan kepada para pengikutnya? Adakah mampu Parti Warisan Sabah ini kekal bertahan untuk sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 kelak?

Dari apa yang diperhatikan, kemungkinan untuk melihat Shafie mewariskan parti Warisan ini kepada “pewarisnya”, nampaknya begitu tipis. Ini kerana, sebaik sahaja penahanan Shafie oleh SPRM semalam, imej Warisan Sabah yang kononnya memperjuangkan nasib penduduk luar bandar yang didakwa oleh Warisan ditindas oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional Sabah, telah hancur secara automatiknya.

Sebelum ini, Shafie begitu lantang menyatakan bahawa hanya partinya sahajalah yang akan membela dan memperjuangkan nasib penduduk Sabah terutamanya penduduk di luar bandar. Malah, Shaife juga dilihat dengan sengaja memetik slogan yang kerap digunakan oleh Doris Jones, seorang aktivis pemisah Sabah, iaitu Sabah for Sabahan.

Seandainya berpegang kepada slogan berkenaan, ia seolah-olah mengizinkan apa jua yang dilakukan Shafie termasuk menyeleweng wang RM 1.5 bilion itu adalah sah pada pandangannya. Ini bermakna, mana-mana pihak termasuk kerajaan persekutuan tiada hak untuk mempersoalkan kemana wang berkenaan dilaburkan yang mana sudah pastinya, wang berkenaan tidak digunakan untuk membangunkan penduduk di kawasan luar bandar.

Mungkin penahanan Shafie tidak lama dan mungkin akan dibebaskan kelak. Namun, sesuatu yang Shafie dan para penyokong tegarnya harus ingat, imej parti Warisan Sabah yang kononnya adalah sebuah parti yang lebih memahami rakyat Sabah, telah diragut akibat ketamakan beberapa pihak yang menyeleweng wang dana khas untuk penduduk luar bandar.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...