Get $25 free
loading...

Pelajar UTHM Ini Dikatakan Mirip Siti Nurhaliza

Share This:

Seorang wanita yang dikenali sebagai Maisarah Raihana ini pernah menjadi sebutan ketika dahulu apabila wajahnya dikatakan mirip selebriti terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan juga Neelofa.

“Saya sendiri pun tak pasti, bahagian mana yang menyerupai Datuk Siti Nurhaliza, mungkin kerana dagu saya yang terbelah ini,” kata graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Maisarah Raihana Ramli, 21.

Selain mirip penyanyi nombor satu negara, Maisarah juga pernah ditegur orang ramai kerana dikatakan mirip dengan seorang lagi selebriti iaitu Izara Aishah Hisham.

Menurut Maisarah, kali pertama dia ditegur dan ditahan beberapa individu yang ingin bergambar serta mendapatkan tandatangannya ketika berada di tingkatan tiga.

Katanya, sudah puas dia memberitahu dirinya bukan Siti Nurhaliza sehinggakan dia terpaksa menunjukkan kad pengenalannya.

“Lepas tunjuk kad pengenalan, barulah mereka percaya tapi masih mahu bergambar dengan saya. Itulah kali pertama saya digelar kembar Siti Nurhaliza. Ada juga yang ingat saya ini saudara terdekat Siti Nurhaliza,” katanya ketika ditemui semasa Sidang Enam, Majlis Konvokesyen UTHM Ke-17 baru-baru ini.

Maisarah mengakui pada mulanya agak kekok berhadapan dengan situasi berkenaan, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa.

“Sebelum ini kawan-kawan dan cikgu pun ada cakap perkara yang sama, ada juga dalam kalangan ahli keluarga yang perasan.

“Saya ada empat beradik. Hanya saya yang menyerupai wajah ibu, yang lain semua ikut ayah,” katanya.

Graduan Teknologi Maklumat ini berkata, semasa di UTHM pula, dia ditegur sebagai Siti Nurhaliza selepas mendeklamasikan puisi dalam satu majlis dua tahun lalu.

“Kawan-kawan, pelajar lain terus panggil saya artis. Mula-mula tu memang rimas, tapi sekarang bersyukur kerana ia telah membuatkan saya dikenali,” katanya.

Justeru,wanita ini sentiasa menjadi perhatian ramai,mungkin kerana wajahnya yang cantik dan manis.

Tambahan lagi seorang pelajar universiti yang diiktiraf dan juga pandai mendeklamasikan puisi.

Selain itu,wanita ini juga sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai suami tidak kurang juga yang mempunyai paras rupa yang kacak.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...