Get $25 free
loading...

Peguam Negara Tubuh Panel Khas Siasat Dakwaan Ke Atas KP SPRM

Share This:

Peguam Negara hari ini mengumumkan panel khas bagi menyiasat dakwaan Tan Sri Dzulkifli Ahmad terbabit dengan skandal berkaitan seorang wanita, yang menurutnya boleh memberi kesan terhadap integriti ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) itu.

“Memandangkan tuduhan itu sesuatu yang serius dan boleh memberi kesan terhadap intergriti ketua pesuruhjaya SPRM, Pejabat Peguam Negara telah menubuhkan pasukan khas pada 16 Okt 2017 untuk memantau secara dekat siasatan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Jenayah dan kesalahan berkaitan,” menurut kenyataan Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini.

Isnin lalu, Dzulkifli menyifatkan tuduhan itu “kotor” dan “keji”, dan berkata ia tidak akan menghalangnya meneruskan kempen anti-rasuah dengan agresif.

“Saya yakin serangan itu dibuat kerana tindakan agresif SPRM terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa,” katanya dalam wawancara bersama TV3.

Ia susulan klip video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita yang didakwa isteri orang bercuti di kepulauan Bali, Indonesia.

Sementara itu, Apandi berharap orang ramai tidak membuat sebarang komen mengenai video itu sepanjang siasatan.

“Pejabat Peguam Negara cekap dalam menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...