Get $25 free
loading...

PAS Tidak Ingin Calonkan Lagi Mahfuz Omar Pada #PRU14

Share This:

Parti PAS semalam membuat pengesahan bahawa wakil rakyat Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan dinamakan sekali lagi bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Selain itu, PAS turut menyuruh Mahfuz untuk keluar dari parti kerana tindakannya sejak akhir-akhir ini dilihat memihak kepda pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai oleh DAP.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, selain Mahfuz, mana-mana pemimpin lain yang secara terbuka menentang PAS turut tidak akan dicalonkan lagi dalam pilihan raya.

“Saya beritahu terus terang, Mahfuz tidak akan bertanding lagi. Mereka yang menentang PAS tidak akan dicalonkan lagi. Itu pendirian kita.

“Kita akan ganti dengan calon yang lebih baik mengantikannya (Mahfuz) di Pokok Sena,” katanya ketika ditemui selepas ceramah umum 27 tahun Membangun Bersama Islam di Kampung Jejawi, Padang Tembak di Pengakalan Chepa, malam tadi.

Semalam Mahfuz bersama tiga lagi pemimpin PAS iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, ADUN Kubang Rotan, Mohd. Nasir Mustapa dan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman dilaporkan hadir dalam Konvensyen Nasional 2017 PAN di Alor Setar, Kedah.

Dalam masa sama, Mahfuz juga dilaporkan berkata bahawa mana-mana ahli PAS termasuk dirinya tidak perlu keluar daripada parti Islam itu bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Mahfuz akan dikenakan tindakan berikutan tindak tanduknya yang cenderung dengan Pakatan Harapan, Mohd. Amar menjelaskan, PAS tidak akan bertindak demikian kerana beranggapan beliau terlalu kecil di dalam parti.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...