Get $25 free
loading...

Misteri Pintu Gerbang Di Pinggir Gunung Berapi

Share This:

Penemuan 400 struktur batu misteri di pinggir gunung berapi ditemui oleh ahli arkeologi yang dipercayai berusia sehingga 7,000 tahun di kawasan padang pasir terpencil di wilayah Harrat Khaybar di Arab Saudi.

Ia digelar ‘pintu gerbang’ kerana ia kelihatan seperti objek tersebut jika dilihat dari atas.

Struktur batu yang ditemui menggunakan aplikasi Google Earth itu dibina di kubah lava purba di mana kepanjangan sebahagian daripadanya berukuran empat kali ganda saiz biasa padang bola sepak.

Penyelidik di University of Western Australia, David Kennedy berkata, tujuan binaannya dan usia sebenar struktur tersebut masih tidak diketahui.

“Pintu gerbang tersebut dibina daripada batu manakala dindingnya dihasilkan secara kasar dan rendah. Sisa aliran lava boleh dilihat pada permukaan sebahagian struktur tersebut yang menandakan usianya adalah lebih tua daripada aliran lahar tersebut,” katanya.

Menurut sumber,pintu gerbang paling kecil berukuran 13 meter (m) panjang manakala yang terpanjang adalah 518 m.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...