Get $25 free
loading...

Mat Bangla Cuba Rasuah Penguatkuasa Agama

Share This:

Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba memberi sogokan RM90 kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), antara yang ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam bilik hotel bajet di Taman Rinting, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan bersama pasangannya, wanita Indonesia berusia 40 tahun kira-kira jam 2 pagi dalam operasi khas yang dijalankan di beberapa hotel bajet sekitar Permas Jaya dan Bandar Seri Alam, di Pasir Gudang, Johor.

Pasangan itu antara hasil serbuan 16 anggota penguat kuasa JAINJ yang menahan 12 lelaki dan 10 wanita termasuk lapan warga asing.

Kebanyakannya mendakwa mendakwa baru mendaftar masuk ke bilik hotel masing-masing secara berasingan dengan pasangan.

Mereka yang berusia antara 18 hingga 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 27(1) a dan b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat yang membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Masai, dekat sini untuk laporan sebelum dibawa ke pejabat Bahagian Penguat Kuasa JAINJ untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAINJ, Mohd Hafiz Abdul Rahman, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Katanya, lima hotel diserbu berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Comments

comments

Related Post

Video Babi Berkeliaran Di Taman permainan Bandar S...
Petarung MMA Kena ‘Lanyak’ Dengan Pak ...
Diri Sendiri Cuba Tipu Pemilihan Parti, Tetap Suka...
‘Macau Scam’ Johor Tumpas


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...