Get $25 free
loading...

Lima Universiti Malaysia Jadi 50 Universiti Terbaik Di Asia

Share This:

Satu pencapaian yang menakjubkan apabila ada kira-kira lima universiti dari Malaysia disenaraikan dalam 50 terbaik universiti di Asia dalam QS University Rankings : Asia 2018.

Universiti yang terletak di Petaling Jaya, Universiti Malaya (UM) merekodkan pencapaian terbaik apabila menduduki tangga ke-24 meningkat dari tangga ke-27 tahun lepas.

Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat kejayaan membanggakan apabila melonjak 13 tangga daripada kedudukan ke-49 tahun lalu kepada kedudukan ke-36, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meningkat 12 tangga daripada kedudukan ke-55 pada 2017 kepada 43, tahun ini.

Senarai penarafan universiti terbaik Asia itu dikeluarkan pada laman sesawang rasmi http://ift.tt/sY16li, hari ini.

Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menunjukkan peningkatan selepas prestasi menurun tahun lalu apabila kembali menduduki senarai 50 terbaik.

Kedudukan itu menyaksikan USM meningkat lima anak tangga daripada kedudukan ke-51 tahun lalu kepada 46 tahun ini, manakala UTM meningkat 14 anak tangga daripada kedudukan ke-63 kepada 49 tahun ini.

QS University Ranking ialah agensi berpangkalan di United Kingdom yang membuat penarafan peringkat serantau dan dunia.

Penilaian kali ini membabitkan 425 universiti utama daripada 17 negara Asia yang dibuat berdasarkan 10 indikator.

Indikator terbabit iaitu reputasi akademik, majikan, nisbah pelajar kepada fakulti, penerbitan hasil kajian setiap fakulti, sitasi penerbitan, nisbah fakulti antarabangsa, bilangan staf memiliki ijazah doktor falsafah (PhD), nisbah pelajar antarabangsa, pertukaran pelajar masuk dan pertukaran pelajar.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dalam satu kenyataan media mengucapkan tahniah kepada universiti terbabit sambil menyifatkannya kemajuan yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.

Beliau yakin ranking itu adalah rujukan terbaik bagi pelajar menjadikan Malaysia sebagai destinasi menyambung pengajian.

“Bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha gigih bagi menaikkan ranking universiti negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pengarah Komunikasi QS Quacquarelli Symonds, Simona Bizzozero, berkata penarafan kali ini menyaksikan Nanyang Technology University (NTU) dari Singapura mengungguli tempat pertama, merampas kedudukan itu daripada National University of Singapore (NUS) yang menduduki tempat kedua.

Katanya, Hong Kong University of Science and Technology (HKUST) meningkat satu anak tangga iaitu dari kedudukan keempat tahun lalu kepada ketiga tahun ini manakala Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) melonjak dua anak tangga daripada kedudukan keenam kepada tangga keempat tahun ini.

“Penarafan kali ini menyaksikan Hong Kong mempunyai paling banyak universiti menduduki senarai 10 terbaik berbanding negara lain iaitu empat universiti manakala Fudan University, China menjadi universiti baharu yang tersenarai dalam 10 terbaik apabila memperbaiki kedudukan daripada 11 kepada tangga ketujuh tahun ini,” katanya.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...