Get $25 free
loading...

Lima Sebab Kenapa Himpunan Kleptokrasi Ini Gagal Sepenuhnya

Share This:

Pelbagai angka diberikan oleh para pemimpin Pakatan Harapan yang hadir dalam perhimpunan Sayangi Malaysia Anti Kleptokrasi yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu lalu. Rata-rata memberkan angka yang sama sekali tidak masuk akal hanya untuk menunjukkan perhimpunan berkenaan mendapat sambutan dikalangan para penyokong mereka.

Hakikat sebenarnya adalah, himpunan berkenaan dianggap gagal sepenuhnya oleh ramai pemerhati politik terutamanya mereka yang mengikuti pelbagai himpunan dan demonstrasi yang diadakan oleh Pakatan Harapan. Mungkin ada yang bertanya, kenapa himpunan ini dianggap gagal walaupun dihadiri oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan? Berikut 5 sebab kenapa himpunan ini boleh dianggap gagal.

Lokasi perhimpunan dan kawasan sekitar perhimpunan

1. Ini adalah kali pertama satu himpunan dianjurkan membabitkan 4 buah parti utama dari Pakatan Harapan. Sepatutnya, dengan gabungan DAP, PKR, PPBM dan PAN, jika diukur kepada keahlian kesemua parti ini, sudah tentu Padang Timur, lokasi di mana himpunan ini diadakan akan penuh dengan para peserta. Namun, apa yang berlaku pada hari berkenaan jelas menunjukkan sebaliknya.

2. Secara amnya, lokasi perhimpunan berkenaan dikelilingi oleh Parlimen Subang, Parlimen Lembah Pantai dan Parlimen Petaling Jaya Utara di mana ianya dikuasai oleh DAP dan PKR. Jika diambil data dari bancian 2016, secara keseluruhannya, ketiga-tiga Parlimen ini mempunyai kepadatan penduduk sekitar 2.3 juta orang.

Andai diambil walau 1 peratus jumlah penduduk di ketiga-tiga Parlimen ini yang kononnya menyokong Pakatan Harapan, sekurang-kurangnya seramai 23,000 orang akan berhimpun di padang berkenaan. Namun, kehadiran peserta jika mengikut laporan dari portal pro pembangkang, Malaysia Kini sendiri melaporkan hanya 8,000 orang sahaja yang hadir. Apa sudah jadi kepada para penyokong mereka di ketiga-tiga Parlimen ini?

3. Boleh dikatakan, hampir kesemua pemimpin utama pembangkang hadir dalam himpunan kali ini. Kali terakhir kesemua pemimpin utama pembangkang turun padang adalah semasa penganjuran BERSIH 5 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Pada himpunan berkenaan, seramai hampir 15 ribu orang turun di jalanan bagi menyertai perhimpunan ini.

Senario kali ini jauh berbeza berbanding BERSIH 5. Dengan kehadiran kira-kira 5 hingga 8 ribu orang, ianya merupakan kehadiran paling sikit pernah dicatatkan sepanjang penganjuran demo atau himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang sejak kali pertama demo seumpama ini diadakan pada 2007, iaitu demo BERSIH 1.

4. Rata-rata pemimpin pembangkang menyasarkan kehadiran minima sebanyak 100 ribu orang di padang berkenaan. Malah, Presiden PAN, Mohamad Sabu turut menjangkakan, kehadiran para peserta dalam himpunan Anti Kleptokrasi ini mampu mengatasi Fistaqim PAS atau perhimpunan besar UMNO di Stadium Bukti Jalil, Mei lalu.

Apa yang disajikan pada hari berkenaan jauh berbeza dari apa yang disangka. Mengikut jadual, himpunan ini bermula pada jam 4 petang dan pada kebiasaannya, sebelum tiba waktu berkenaan, para peserta sudah berasak-asak seperti mana yang ditunjukkan pada siri BERSIH dan demo-demo yang lain. Namun, memasuki jam 4, hanya kira-kira 1,500 orang sahaja yang hadir walaupun demo ini diadakan pada hari Sabtu.

5. Penolakan para penyokong pakatan Harapan terhadap Mahathir dan PPBM memang tidak lagi mampu disembunyikan oleh mana-mana pemimpin pembangkang yang lain. Dendam para penyokong PKR dan DAP terhadap Mahathir telah menyumbang kepada penyusutan kehadiran para peserta sehinggakan golongan muda yang selama ini berpihak kepada pembangkang juga menjauhi demo seumpama ini.

Mungkin ada lagi faktor-faktor penumbang kepada kegagalan himpunan ini. Namun, hanya lima sebab utama yang dilihat menjadi penyebab kepada kurangnya sambutan himpunan kali ini. Sudah tiba masanya rakyat menolak habis-habisan demo yang langsung tidak memberi apa-apa faedah buat rakyat. Rakyat kini lebih matang dalam menilai hal ehwal politik berbangding mendengar bulat-bulat fitnah yang dijaja oleh kesemua pemimpin Pakatan Harapan.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...