Get $25 free
loading...

Izara Lega Tak Perlu Berahsia Lagi

Share This:

Pelakon Izara Aishah yang juga bakal menantu Siti Nurhaliza tidak lama lagi kini lega pengumuman hamil datuk siti tersebut dilakukan sekali gus memudahkan dia untuk tidak lagi panik apabila disoal tentang hal tersebut.

Izara juga bersyukur apabila penyanyi Datuk Siti Nurhaliza akhirnya mengumumkan berita gembira tentang kehamilannya pada Jumaat lalu.

Ketahuilah… Sukarnya Untuk Siti Hamil

“Sekarang semua sudah tahu, Alhamdulillah. Saya sudah tidak perlu buat muka panik tidak tau macam mana hendak jawab bila orang tanya saya,” tulisnya di Instagram

Pasangan itu bakal disatukan sebagai suami isteri pada 17 November depan. Majlis akad nikah Adib dan Izara akan dilangsungkan dalam satu majlis tertutup khusus untuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Pada Jumaat lalu, Siti Nurhaliza, 38, berkongsi berita gembira dia kini sedang hamil empat bulan selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Siti menyampaikan perkhabaran gembira itu dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang Selangor.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...