Get $25 free
loading...

Insiden Tanjung Bungah : Tanah Runtuh Berlaku Pantas,Pekerja Dipercayai Tertimbus

Share This:

Kejadian yang menimpa beberapa pekerja pembinaan menjadi satu tragedi apabila berlaku tanah runtuh dengan pantas yang menimpa lebih 14 buruh binaan di tapak pembinaan Tanjung Bungah,Pulau Pinang yang gagal menyelamatkan diri dan dipercayai tertimbus.

Dalam kejadian tersebut kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, lebih 20 pekerja asing warga Bangladesh; Pakistan dan Indonesia sedang bekerja di tapak projek pembinaan rumah mampu milik setinggi kira-kira 50 tingkat sebelum tanah di lereng bukit belakang tapak projek berkenaan.

Secara tiba-tiba tanah runtuh berlaku di kawasan itu dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda awal.

Menurut sumber ,tiga maut, seorang cedera manakala 10 lagi dipercayai masih tertimbus di dalam runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada Sabtu.

Dua daripada mayat itu ditemui di bahagian luar runtuhan itu dan berjaya dikeluarkan manakala pihak penyelamat masih berusaha mengeluarkan satu lagi mayat yang telah ditemui.

Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Dua mayat warga Indonesia ditemui pada pukul 10 pagi,” kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Moktar.

Identiti kesemua mangsa bagaimanapun belum dipastikan. Setakat pukul 2 petang tadi, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus masih dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor pada pukul 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan itu.

Mereka terdiri daripada seorang rakyat tempatan manakala yang lain terdiri daripada rakyat Indonesia, Rohingya dan Bangladesh, kata Saadon.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan tiga zon pada keluasan 15 meter persegi dan pihaknya menjangkakan operasai mencari dan menyelamat akan mengambil masa memandangkan kesemua mangsa dipercayai tertimbus agak dalam dengan tanah liat dan kemungkinan berlaku runtuhan lain.

“Kecerunan kawasan tanah runtuh 35 meter dan keadaan itu agak menyukarkan kerja-kerja menggali tanah…ada setengah tempat dianggap tak selamat,” katanya.

Saadon berkata ketika kejadian kesemua mangsa yang tertimbus itu menjalankan kerja di bahagian bawah tanah (basement) bangunan yang sedang dibina itu.

“Yang runtuh adalah bahagian basement dan mereka baru buat di bahagian basement,” katanya.

Sementara itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk Maimunah Mohd Sharif pihak MBPP telah mengeluarkan arahan henti kerja bagi projek itu.

Bagaimanapun,punca kejadian masih disiasat berikutan kes tersebut berlaku serta-merta.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...