Get $25 free
loading...

Guru Besar Perkenal Tandas Uniseks Dikecam

Share This:

Di Britain salah sebuah sekolah swasta paling berprestij,seorang guru besar memohon maaf kepada ibu bapa selepas memperkenalkan tandas ‘neutral jantina’ untuk murid-muridnya.

Adam Pettitt telah memantau pertukaran kemudahan tandas di Highgate School, sebuah sekolah elit di Utara London pada cuti musim panas, menyatakan ia mampu membantu pelajar yang ‘berubah jantina atau tidak berhasrat mengenal pasti diri mereka dengan jantina.’

Lelaki berusia 51 tahun itu mendakwa golongan muda ‘dengan senang hati menerima dan bersimpati dengan kehidupan mereka yang tidak berupaya menyesuaikan diri dengan neutraliti jantina masing-masing.’

Tetapi langkah itu dikutuk oleh ibu bapa dan murid, malah yang berumur 12 tahun, yang menyatakan mereka berasa ‘kurang selesa dan gembira’ di sekolah dengan bayaran yuran £20,370 setahun itu.

Pada awal tahun ini, 1,400 murid sekolah itu yang ditubuhkan pada tahun 1565 juga dikritik atas rancangan memperkenalkan pakaian seragam sekolah ‘neutral jantina’, yang mana kanak-kanak lelaki dibenarkan memakai skirt.

Sekarang Pettitt, seorang bekas guru di kolej Eton telah memohon maaf kepada ibu bapa dalam surat rehat separuh penggal yang dikeluarkan dan berjanji kakitangan kini bekerja keras untuk memastikan kemudahan tandas sekolah berusia 452 tahun itu ‘memenuhi keperluan semua murid.

Dalam suratnya, dia juga memasukkan gambar tandas ‘neutral jantina’ dan menjanjikan satu rancangan baharu untuk mereka.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...