Get $25 free
loading...

Empat Individu Dan Tujuh Syarikat Lari Cukai Diisytiharkan Muflis

Share This:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini dilihat semakin cekap menjalankan tugas sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

Menyokong visi LHDNM “Pentadbiran Pentadbir Cukai Terunggul yang Menyumbang Kepada Pembangunan Negara”, banyak inisiatif penambahbaikan yang telah dan berjaya dilakukan dari segi kecekapan dalam perkhidmatan dan pemungutan cukai.

Menerusi Audit Cukai, pemeriksaan perniagaan termasuk kewangan pembayar cukai bagi menyemak cukai yang dilaporkan dan dibayar mengikut jumlah secukupnya dan undang-undang serta peraturan percukaian dipatuhi sepenuhnya.

Kebiasaannya, dua jenis audit yang dijalankan iaitu audit meja dan audit luar. Audit meja dijalankan melibatkan isu-isu pelarasan cukai yang mudah dan dikendalikan melalui surat menyurat. Manakala audit luar dijalankan di premis pembayar cukai. Lawatan audit melibatkan semakan rekod-rekod perniagaan dan bukan rekod perniagaan pembayar cukai.

Menerusi Audit Cukai dijalankan, terkini seramai 11 pembayar cukai yang terdiri daripada empat individu dan tujuh syarikat diisytiharkan muflis kerana gagal membayar cukai tertunggak dengan LHDNM yang keseluruhannya berjumlah RM5.51 juta.

Manakala 2 pembayar cukai yang merupakan pengarah syarikat didenda sebanyak RM17 ribu di atas kegagalan mengemukakan penyata cukai dalam Borang C di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ini mununjukkan sebagai pembayar cukai, individu atau syarikat tidak akan terlepas dari mematuhi peraturan dan syarat-syarat percukaian yang telah ditetapkan. Kegagalan mengemukakan dan melaporkan pendapatan perniagaan yang dijalankan dengan tepat akan berdepan kepada denda atau pengisytiharan muflis.

Sebagai pembayar cukai yang bertanggungjawab, LHDNM sentiasa memberikan bantuan dan sokongan melalui penyediaan Unit Pungutan yang ditubuhkan bagi memudahkan sebarang pertanyaan tentang rekod bayaran percukaian.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...