Get $25 free
loading...

10 militan di Marawi serah kalah, Mahmud Ahmad tak dapat dikesan

Difahamkan, pencarian Mahmud Ahmad kini beralih ke pejabat koroner, di mana pihak berkuasa cuba mengenal pasti 13 mayat disyaki militan yang terbunuh dalam serangan kerajaan semalam.

marawi-mahmudKOTA KINABALU: Sepuluh militan menyerah diri kepada tentera Filipina di Marawi, selatan Mindanao hari ini, tetapi kedudukan pengganas paling dikehendaki dari Malaysia, Mahmud Ahmad tidak diketahui.

Tidak diketahui jika seorang daripada 10 militan yang menyerah diri itu ialaha Mahmud.

FMT difahamkan pencarian Mahmud kini beralih ke pejabat koroner, di mana pihak berkuasa cuba mengenal pasti 13 mayat disyaki militan yang terbunuh dalam serangan kerajaan semalam.

Pagi ini, FMT memetik tentera Filipina sebagai berkata “kemungkinan besar” Mahmud ialah salah seorang militan yang terbunuh itu.

Pihak berkuasa berharap dapat mengenal pasti Mahmud menerusi ujian DNA dan rekod pergigian.

Mereka bagaimanapun tidak pasti sama ada 10 militan yang menyerah kalah itu berbuat sedemikian kerana tawar hati dengan laporan pemimpin mereka meninggalkan mereka.

Semalam, tentera Filipina mendakwa kumpulan militan itu ditinggalkan 2 pemimpin tertinggi mereka, Isnilon Hapilon dan Omar Maute yang gagal melarikan diri Isnin lalu.

Tengah hari tadi, tentera Filipina mengumumkan 7 militan terbunuh pagi ini dalam insiden yang dipercayai pertempuran terbaru dengan penyokong pro-IS itu.

Ekoran kematian Isnilon, emir IS untuk Asia Tenggara dan Omar, pengasas bersama kumpulan militan Maute, Filipina mengumumkan kira-kira 20 hingga 30 “militan bertaburan”, termasuk Mahmud yang masih bersembunyi di kawasan pertempuran utama di Marawi.

Mahmud dilaporkan ialah pejuang barisan depan yang dihormati, pakar membuat bom dan perekrut militan, diramalkan menjadi emir IS berikutnya untuk rantau Asia Tenggara ekoran kematian Isnilon.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...