Get $25 free
loading...

Tuduh gereja sokong pembangkang amat berbahaya, kata BN Sabah

Pengerusi BNBBC Sabah Abdul Rahim Ismail berkata kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah BN tidak menerima penganut Kristian.

rahim-church

KOTA KINABALU: Kelab Penyokong BN (BNBBC) Sabah menepis tuduhan gereja menyokong gabungan pembangkang sebagai pendapat yang amat berbahaya.

Bercakap kepada FMT, Pengerusi BNBBC Sabah Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah BN tidak menerima penganut Kristian, kerana itu gereja menyokong pembangkang.

“Tidak benar sama sekali. Konsep BN tidak pernah berasaskan perkauman. Tengok sahaja parti komponen. Kita bukan rasis dan kita tidak anti-agama,” katanya.

Rahim mengulas kenyataan ahli akademi Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff yang membuat dakwaan itu berdasarkan kepada buku yang ditulis pemimpin pembangkang yang kebetulan menganut agama Kristian mengenai isu politik dan hal ehwal Kristian di negara ini.

Kamarul merujuk kepada artikel oleh seorang ahli DAP yang mendakwa pemimpin Kristian menyokong pembangkang walaupun tidak menyatakan perkara itu secara terbuka dari mimbar.

Rahim berkata pendapat seperti itu malangnya bukan benda baharu di Malaysia namun bagi BN, gabungan itu merupakakan pakatan pelbagai kaum dan agama, terutamanya di Sabah.

“Di Sabah, agama tidak pernah menjadi masalah. Kita terima dan kita sayang semua tanpa mengira anutan mereka. Sebab itu pada setiap sambutan keagamaan, kita juga ambil bahagian kerana di Sabah kebiasaannya satu-satu keluarga yang besar itu ada orang Islam dan Kristian. Itu budaya kami,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun menasihatkan Kamarul untuk tidak mengheret agama ke dalam politik kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan dan curiga dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Kita semua ada pandangan tersendiri. Saya tidak tahu apa motif kenyataan itu tetapi mencampurkan agama dan politik bukan strategi yang bagus untuk meraih undi. Beliau seorang profesor universiti. Beliau jangan jadi batu api,” katanya.

Mositun juga memberitahu FMT ada banyak isu politik yang boleh dibincangkan tanpa perlu mengheret agama.

Terlalu banyak bercakap mengenai agama hanya akan mengelirukan orang ramai dan mengancam keamanan dan keharmonian, katanya.

Di samping itu, timbalan speaker Sabah itu berkata kerajaan sentiasa terbuka mendengar pendapat pembangkang.

Beliau menyeru semua pihak supaya berfikiran terbuka dan bersikap rasional, bukan mengitar isu lama untuk saling menyerang.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...