Get $25 free
loading...

Sesuatu Menakjubkan Berlaku Selepas 10 Jam Ibunya Meninggal Hingga Membuatkan Anaknya Terkejut

Share This:

Sesuatu yang tidak disangka apabila seorang ibu yang baru sahaja beberapa jam masuk Islam telah meninggal dunia secara tiba-tiba.Anaknya mula risau kerana tiada ahli keluarga yang datang untuk menolong menguruskan jenazah, kerana wanita itu baru sahaja menukar agamanya,tetapi selepas 10 jam sesuatu telah berlaku yang buat ahli keluarganya terkejut dan terus terduduk.

Kedua-dua anak lelakinya juga turut memeluk Islam dan memberi mesej kepada orang ramai untuk meminta penduduk Islam untuk menghadiri pengebumian ibu mereka kerana mereka tidak mempunyai waris Muslim lain dalam keluarga untuk menjemput dan menguruskan jenazah.

“Pengebumian ibu saya disahkan dilakukan pada 19 Feb (2016) jam 11 pagi. Jalan 57 Elmbridge Hainault, Ilford, IG6 3SW.

“Solat Jumaat juga akan dilakukan di tapak itu.

“Tolong datang !!! Kerana kami adalah keluarga yang memeluk Islam dan tidak kenal ramai umat Islam untuk menjemput.

“Saya ingin untuk ada himpunan besar untuk ibu. Dia memeluk Islam 10 jam sebelum kematiannya alhamdulillah.

“Tolong sebarkan kepada semua kenalan kamu,” mesej yang disampaikan kepada beberapa penduduk umat islam di situ.

Tidak lama selepas itu mesej tersebut telah dikongsi secara meluas melalui pelbagai medium media sosial.

Masyarakat Islam menjawab seruan itu dan jumlah yang datang pada waktu itu sangat ramai kira-kira 700-800 orang.

Selepas itu mereka beramai-ramai membantu keluarga itu dan menguruskan jenazah wanita tersebut.

“Alhamdulilah kami baru sahaja solat jenazah untuk saudara perempuan yang memeluk Islam. Terdapat jumlah sambutan yang sangat baik daripada masyarakat,”kata seorang muslim yang membantu.

Keluarga itu sangat bersyukur dan mengatakan bahawa mereka telah dibanjiri dengan sokongan ramai dan benar-benar menunjukkan ikatan persaudaraan yang kuat sesama Muslim.

Justeru,agama Islam adalah agama yang mengajarkan kedamaian kepada umatnya bahkan kepada seluruh umat manusia, sekaligus agama yang rasional yang mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia.Semoga Allah memberikan wanita itu syurga yang tertinggi.Ameen.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...