Get $25 free
loading...

Selepas Mat Taib, Shafie Pula Mungkin Kembali Ke Pangkuan UMNO?

Share This:

Kemasukan semula Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam UMNO seolah-olah seperti sireh pulang ke gagang. Manakan tidak, selaku orang lama dalam arus politik negara, pengalamannya dalam bidang politik serta pengalaman beliau berkelana ke dalam kem Pakatan Harapan, pasti akan membantu Barisan Nasional dan UMNO khususnya dalam usaha untuk menumbangkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Ketika memetik kata-kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini yang menyatakan, akan ada lagi pemimpin pembangkang akan kembali menyertai UMNO, pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah orang yang dimaksudkannya itu? Ini kerana, selain daripada Tan Sri Muhammad, ramai lagi yang telah meninggalkan UMNO samada mahu menubuhkan parti sendiri atau menyertai mana-mana parti pembangkang.

Terkini, khabar bayu dari Kinabalu membawa berita ada kemungkinan, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Sri Shafie Apdal, mungkin akan menyertai UMNO semula setelah hampir setahun bertindak menjadi pembangkang di Sabah. Menurut beberapa sumber di Sabah, dia dikatakan mungkin akan membubarkan Parti Warisan Sabah yang diketuainya.

Menurut sumber yang mendakwa rapat dengan Shafie, dia dilihat agak kecewa dengan perkembangan parti Warisan Sabah yang diterajuinya. Dia mengharapkan sokongan penuh dari rakyat Sabah yang ingin melihat angin perubahan berlaku. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Partinya hanya mendapat sokongan dari beberapa ribu rakyat Sabah yang rata-ratanya masih setia dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Disamping itu juga, Shafie dikatakan kecewa dengan beberapa buah parti pembangkang yang jelas sekali mengutamakan kepentingan masing-masing dari membentuk satu pakatan yang kuat dalam usaha mereka menumbangkan kerajaan negeri yang diketuai oleh Tan Sri Haji Musa Aman. Atas kegagalan inilah yang menjadikan Shafie dilihat seperti berjuang keseorangan keserata pelusuk negeri Sabah untuk mencari sokongan.

Menurut sumber ini lagi, kekecewaan paling besar yang ditanggung Shafie adalah melihat Tun Dr Mahathir, pemimpin yang diikutinya semasa gerakan mahu menumbangkan kerajaan, langsung tidak membantu Warisan Sabah walaupun dia dilihat antara individu yang paling rapat dengan Mahathir. Usah katakan membantu, menyokongnya sendiri pun tidak pernah dilakukan Mahathir.

Malah, Mahathir mahupun Pakatan Harapan sendiri langsung tidak mengiktiraf Warisan Sabah adalah salah sebuah parti yang menjadi pembangkang utama di Sabah mahupun mengiktiraf Warisan Sabah sebagai salah sebuah parti utama di dalam Pakatan Harapan. Diberitakan, Pakatan Harapan mahu melihat jumlah undi dan kerusi yang diraih Warisan Sabah semasa Pilihan Raya Umum ke 14 nanti sebelum sebarang keputusan diambil selepas itu.

Ini antara faktor yang menyumbang kepada kembalinya Shafie ke dalam UMNO dan membubarkan parti Warisan yang diketuainya. Dia sedar, dia sukar untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional di Sabah tanpa bantuan daripada rakan Pakatan Harapan yang lain. Untuk melihat dia berdiri keseorangan dengan cuba menumbangkan satu gergasi, boleh dianggap sebagai satu kerja yang sia-sia.

Comments

comments

Related Post

Warisan Sabah Tidak Perlu Menipu Mereka Adalah Eje...
Shafie Apdal Taruhan Mahathir Untuk Tawan Sabah
Salahkah Mendedahkan Kepincangan Pemimpin Yang Men...
Shafie Cuba Ikut Jejak Langkah “Langkah Kaja...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...