Get $25 free
loading...

Penampilan Terbaru Adik Neelofa Dikecam

Share This:

Adik kepada selebriti Neelofa iaitu Nur Ameera Khan, pernah dikecam sebelum ini gara-gara dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun lalu.

Namun, Ameera hanya mengambil langkah berdiam diri dan menutup ruangan komen di Instagramnya.

Terbaharu, wanita berusia 17 tahun ini sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik foto berpakaian seksi ketika bercuti di Itali dan membuka semula ruangan komen sejak Jun lalu.

Tindakannya itu menyebabkan bahagian komen tersebut dipenuhi dengan kecaman dan kritikan. Kebanyakan netizen turut mengaitkan ibu dan bapa Ameera yang tidak melarang anak gadis mereka daripada berpakaian seksi.

“Hairanlah aku ini. Kenapa mak ayah dia tak larang dia pakai macam ni? Terbuka belakang? Dulu depan ini belakang? Pakaian yang tutup sikitkan elok,” tulis salah seorang pengikutnya di Instagram.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan kritikan dilemparkan kepada Ameera.

Menurut pemilik akuan bernama John_micheal, lebih baik menjaga hal sendiri dan tidak perlu mengaitkan ibu dan bapa Ameera jika tidak mengenali mereka secara dekat.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...