Get $25 free
loading...

Pemikiran Azmin Jauh Lebih Teruk Berbanding Lim Guan Eng

Share This:

Tidak dapat dinafikan bahawa pakatan pembangkang hari ini meletakkan nama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebagai salah seorang pemimpin pelapis yang berpotensi. Pada usia yang boleh dianggap sebagai masih muda, Azmin mendaki hirarki kepimpinan pakatan pembangkang sehingga mampu untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun begitu, jika diambil kira dari segi kredibiliti, Azmin sebenarnya jauh ketinggalan berbanding ramai pemimpin muda pembangkang yang lain. Antaranya, Lim Guan Eng, seorang Ketua Menteri yang kini sedang berhadapan dengan pelbagai salah laku rasuah dan salah guna kuasa. Semua ini gara-gara sikap Azmin yang kerap mengelak dari menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang Guan Eng sendiri tandatangani.

Jika pemimpin yang kerap dilanda pelbagai kontroversi seperti Guan Eng mengambil sikap berani dengan memperakui IBR, kenapa pula Azmin seolah-olah cuba melarikan diri? Apa sebenarnya yang cuba diselindungkan Azmin sehingga menjadikan Selangor sebagai satu-satunya negeri yang masih belum menandatangani IBR?

Tidak terhenti setakat itu sahaja, banyak lagi perkara yang memperlihatkan Azmin sebagai seorang Menteri Besar yang lebih gemar mendiamkan diri atau memilih jalan selamat sekiranya di paliti dengan pelbagai persoalan sepanjang pentadbirannya.

Sebelum ini, ramai yang inginkan penjelasan Azmin berhubung masalah bekalan air yang kerap terputus di Selangor. Tidak terhenti setakat itu sahaja, deretan lebih 100 buah kilang haram di sepanjang pesisir Sungai Semenyih juga turut didiamkan Azmin.

Lebih memburukkan keadaan, Azmin memilih untuk berdiam diri dan tidak melawat mereka yang terjejas akibat ketiadaan air sehingga menimbulkan kemarahan lebih sejuta orang yang terjejas akibat ketiadaan bekalan air.

Selain itu, Selangor juga kerap kali dipaliti dengan isu membabitkan premis yang menyediakan perjudian secara online dan deretan rumah pelacuran. Sekali lagi kredibiliti Azmin dipersoal kerana sehingga hari ini, dia memilih untuk mendiamkan diri. Sikapnya ini telah menyebabkan, hampir setiap daerah di Selangor mempunyai premis mesin judi haram dan rumah-rumah urut dan pelacuran.

Azmin juga memilih untuk mengelak dan mendiamkan diri ketika disoal mengenai DEIG, SPLASH, Syabas, UNISEL, projek naik taraf pintu gerbang Darul Ehsan dan banyak lagi. Setidak-tidaknya, Lim Guan Eng mash mahu menjawab apa jua yang berlaku di Pulau Pinang walaupun kadang kala jawapan yang diberi langsung tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Berbalik tentang isu keengganan Azmin menandatangani IBR, sewajarnya, sebagai salah sebuah negeri termaju di Malaysia, Azmin harus bersikap terbuka dalam hal ini. Tidak ada ertinya sekiranya Azmin melaungkan penentangannya terhadap rasuah tapi pada masa yang sama, dia sendiri enggan memperakui kepentingan IBR dalam pentadbirannya.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...