Get $25 free
loading...

PAS sasar 100 kerusi, peluang lebih cerah di bandar

Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata PAS mungkn akan bertanding di 100 kerusi Parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi.

Takiyuddin-Hassan_pas_600

KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera.

Beliau juga yakin peluang PAS kini lebih cerah di kawasan bandar berdasar penerimaan masyarakat terhadap parti itu yang semakin baik di lokaliti berkenaan.

“Pada pilihan raya umum akan datang kita mungkin akan bertanding di lebih 100 kerusi Parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen, ” katanya kepada pemberita pada Sambutan Jubli Emas 50 tahun PAS Kawasan Kota Bharu di Medan ilmu di sini, malam tadi.

Takiyuddin turut membayangkan hasrat parti itu untuk bertanding di Parlimen Kuantan, Pahang, kerana melihat ada peluang di kawasan berkenaan memandangkan parti itu kini menguasai Dewan Undangan Negeri Beserah dan Tanjung Lumpur yang berada dalam Parlimen berkenaan.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...