Get $25 free
loading...

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2017 Sahut Seruan MB Razif

Share This:

Seramai 50,130 peserta telah menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2017 (LAJSM) yang diadakan pada hari ini.

Menurut Sekretariat LAJSM, daripada jumlah itu hampir 4,000 penyertaan peserta luar Terengganu termasuk dari luar negara seperti Kenya, Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Great Britain, Perancis, India, Laos, Singapura, Macau, Thailand, dan Indonesia.

Sebanyak 23 kategori dipertandingkan dengan peningkatan 5 kali ganda penyertaan bagi kategori ‘Fun Ride’ iaitu seramai 350 orang dalam bersaing merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM204,00.

Majlis pelepasan (flag off) dan penyampaian hadiah dilakukan oleh Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan turut dihadiri EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato Rozi Mamat.

Penganjuran LAJSM tahun ini bertemakan ‘Vacay Run’ selaras dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 yang dilancarkan oleh kerajaan negeri dalam merancakkan sektor pelancongan Terengganu.

Penglibatan puluhan ribu orang ramai dalam LAJSM membuktikan rakyat menyahut saranan kerajaan negeri dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan melakukan aktiviti sihat serta cergas. – Terengganu Times

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...