Get $25 free
loading...

“Korang Tak Akan Fokus Pon Cium Tu Tapi Dialog Yang Kelakar”- Krew Coffee Prince

Share This:

BOLEHKAH mereka menggunakan alasan bahawa penonton tidak akan memberi fokus kepada adegan cium sebaliknya penonton akan memberi lebih perhatian kepada dialog yang kelakar.
Secara logik penonton sudah tentu ternanti-nantikan adegan ciuman antara Janna Nick dan Fattah Amin. Kini ia masih menjadi kontroversi.Seorang jurukamera, Juo Azri menerusi Instagramnya pada Sabtu mendedahkan foto dan jarak sebenar kedudukan antara Janna dan Fattah ketika penggambaran berlangsung.

“Gambar yang menjadi kontroversi… ini pandangan daripada skrin kamera saya. Babak ini dibuat atas alasan untuk membuatkan Emma Maembong cemburu dan secara automatik menolak tawaran nenek Raykal (lakonan Fattah),” tulisnya.

Dia menjelaskan tentang foto bercium yang dimuat naik oleh pelakon Fara Mandoza dalam drama adaptasi Korea Coffee Prince yang tersebar di media sosial telah mengundang perbalahan dalam kalangan peminat.

Dalam pada itu, menurut Juo Azri, babak itu dibuat dalam pelbagai versi yang mana akan dipilih sendiri oleh pihak Astro.

Penjelasan salah seorang kru produksi tentang adegan berkenaan.

“Kita ada dua versi, nanti Astro akan tentukan mana yang mereka akan pakai, kita tahu batas budaya kita, cuma tak faham kenapa ada orang sebarkan benda yang belum tentu kita siarkan.

“Kami di sini hanya buat apa yang perlu, sebenarnya foto ini tidak boleh dikeluarkan kerana masih lagi rancangan yang belum tentu ditayangkan,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan netizen, Joe Azri berkata, dia jamin adegan sebenar tidak menunjukkan aksi ciuman, sebaliknya dialog yang bakal diutarakan.

“Saya tak tipu sebenarnya scene sangat kelakar sebab kita bukan highlights cium, tapi dialog antara Raykal dan Dani yang sangat mencuit hati. Dah siap nanti korang tengok hasil sebenarnya, korang tak akan fokus pon cium tu tapi dialog yang kelakar tu yang jadi perhatian. InshAllah, tiada yang buruk yang kami buat untuk korang,” ujarnya.

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.

Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an. Filem ini dijangka pecah panggung dengan kontroversi panas tersebut.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...