Get $25 free
loading...

Kebakaran Pusat Tahfiz, Datuk Vida Mahu Bawa Mangsa Tunai Umrah

Share This:

INSIDEN kebakaran kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Jalan Keramat Ujung akibat perbuatan khianat sememangnya meruntun hati ramai pihak. Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman berhasrat untuk membawa 18 pelajar yang terlibat untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.

Keputusan Datuk Vida itu dibuat selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya langkah yang perlu beliau ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar terbabit.

“Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terlibat dalam kebakaran.

Menurut beliau, hanya mereka yang pernah terlibat dalam kejadian kebakaran akan memahami dan beliau sendiri pernah kehilangan anak yang terkorban dalam kebakaran dahulu.

Lapan kakitangan pusat tahfiz itu akan turut serta mengerjakan umrah bersama mereka. Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma kanak-kanak terbabit.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...