Get $25 free
loading...

Kami hanya akan letak calon terbaik, MIC jamin Najib

Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata walaupun parti itu telah menghantar senarai calon kepada Najib, pemilihan calon belum dimuktamadkan dan boleh berubah.

subramaniam-mic-perjumpaanKUALA LUMPUR: MIC akan memastikan calonnya bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menepati ciri-ciri yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu boleh menang, berkredibiliti dan diterima semua kaum.

Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata walaupun parti itu telah menghantar senarai calon kepada Najib, pemilihan calon belum dimuktamadkan dan boleh berubah.

“Kami sudah ada senarai namun ia boleh berubah. Kami faham apa yang Perdana Menteri katakan iaitu mengenal pasti calon berkredibiliti yang boleh menang, agar mudah untuk kami menang.

“Calon yang berkredibiliti dan baik sentiasa menjadi prasyarat MIC. Sesiapa yang kita cadangkan sebagai calon mana-mana kerusi akan dipastikan mempunyai kredibiliti dan boleh mendapat kemenangan kalau diberi peluang bertanding,” katanya pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional merasmikan perhimpunan yang dihadiri 4,000 anggota MIC termasuk 1,500 perwakilan.

Pada ucapan perasmian perhimpunan itu, Najib mahu MIC menyenaraikan senarai calon yang boleh menang, berkredibiliti dan berkualiti, serta diterima oleh semua kaum pada PRU14.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata tiada guna meletakkan seseorang sebagai calon yang diketahui tidak boleh menang di sesuatu kawasan.

Sebelum ini, Dr Subramaniam dilaporkan berkata MIC menyasarkan memenangi 7 kerusi parlimen dan 13 kerusi dewan undangan negeri daripada keseluruhan 28 kerusi yang dijangka ditandingi pada PRU14.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...