Get $25 free
loading...

Hanya Devamany Sahaja Yang Layak Menjadi Calon Bagi Parlimen Cameron Highland

Share This:

Tidak dinafikan bahawa kerusi Parlimen Cameron Highland antara kerusi yang sentiasa menjadi rebutan beberapa individu di dalam Barisan Nasional. Secara amnya, kerusi berkenaan secara tradisinya ditandingi oleh calon dari MIC, salah sebuah parti komponen Barisan Nasional sejak sekian lama.

Nama-nama seperti Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K Devamany, bekas Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel antara dua nama besar yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highland walaupun pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Barisan Nasional berhadapan tentangan sengit dari Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP.

Melihat akan rentetan ini, sudah semestinyalah kerusi Parlimen Cameron Highland ini satu kerusi yang hangat dikaitkan dengan MIC. Justeru, antara calon yang hangat dikaitkan dengan kerusi ini sudah semestinyalah nama penyandang dua penggal berturut-turut, Datuk Seri S. K Devamany dilihat sebagai calon paling layak untuk bertanding buat kali ketiga di kerusi ini.

Sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, beliau telah memberikan laluan kepada Presiden MIC pada ketika itu, Datuk Seri G Palanivel sebagai calon sebelum Palanivel berjaya mempertahankan kerusi ini di saat MIC berhadapan dengan siri kekalahan calon mereka kepada parti lawan.

Bagi Datuk Seri S. K Devamany pula, beliau memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput yang menyaksikan beliau tewas buat kali pertama sepanjang tempoh karier politiknya kepada calon PKR, Michael D Jeyakumar. Namun atas mengenang jasanya, Dewan Undangan Negeri Perak telah melantiknya sebagai Speaker DUN Perak sebelum beliau meletakkan jawatan pada 2016.

Melihat akan kemampuannya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highland sebelum mengorbankan dirinya bagi membolehkan Presiden MIC pada ketika itu, Datuk G Palanivel bertanding di kerusi berkenaan, sudah semestinya, nama beliau disebut-sebut sebagai calon berpotensi dan satu-satunya calon yang paling layak di kerusi berkenaan.

Ada kemungkinan, beliau tidak akan menolak pencalonan berkenaan kerana beliau cukup arif dengan kawasan berkenaan. Tambahan pula, selama dua penggal beliau menerajui Parlimen berkenaan, namanya bukan lagi asing buat penduduk tempatan di sana. Sudah semestinya, beliau mempunyai perancangan yang rapi untuk membangunkan lagi Cameron Highland setelah dianggap agak lemau di tangan Datuk G Palanivel.

Comments

comments

Related Post

Kemelut MIC: Palanivel Sering Buat Kenyataan Berca...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...