Get $25 free
loading...

Cukup-Cukuplah Mencabar Kesabaran Umat Islam Di Malaysia

Share This:

Kebelakangan ini, umat Islam di negara ini berhadapan dengan cabaran yang cuba mengoyahkan aqidah umatnya. Manakan tidak satu persatu gerakan cuba dirancang oleh beberapa pihak untuk mengetengahkan budaya yang tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam. Malah, gerakan mereka yang satu ketika dahulu agak tersembunyi, kini mereka sudah berani untuk mempromosikan secara besar-besaran.

Sebelum ini, ada pihak cuba mengetengahkan amalan LGBT di kalangan umat Islam menerusi gerakan Comanggo. Namun, umat Islam di negara ini masih tebal iman dan akalnya dan menolak sekeras-kerasnya gerakan ini dari dilaksanakan.

Sebenarnya, gerakan Comanggo ini bukanlah satu perkara yang baru. Mereka telah menuntut 14 perkara kepada kerajaan dan antara lainnya adalah mengiktiraf golongan yang mengamalkan LGBT ini di Malaysia. Namun, kerajaan kekal dengan pendirian untuk menolak tuntutan Comanggo ini sebelum idealogi songsang ini dterapkan di dalam siri himpunan BERSIH, setiap tahun.

Baru-baru ini, satu perhimpunan wanita menolak politik toksik diadakan di Kuala Lumpur. Sekali imbas, ia seperti perhimpunan-perhimpunan lain yang diadakan di Kuala Lumpur hasil daripada perancangan golongan wanita pro pembangkang. Dengan diketuai oleh Tun Dr Siti Hasmah dan anaknya, Marina Mahathir, himpunan ini secara luarannya tidak ada apa yang meragukan.

Tetapi, disebalik semua ini, gerakan Comanggo cuba meracuni wanita Islam dan Melayu apabila memperjuangkan hak lesbian pula. Lebih menyedihkan, wanita-wanita Melayu Islam ini seolah-olah tidak kisah apabila ada yang melabelkan mereka sebagai golongan lesbian walaupun penampilannya menutup aurat.

Kemudian, timbul pula cerita bagaimana ada pihak penganjur dengan disokong sepenuhnya oleh DAP, cuba menganjurkan festival Better Beer 2017 di Seri Hartamas, Kuala Lumpur. Sudah terang lagi nyata, arak merupakan salah satu perkara yang diharamkan oleh Islam terhadap umatnya. Namun seperti cuba menjolok sarang tebuan, mereka tetap bertegas untuk menganjurkannya.

Mujurlah tindakan pantas DBKL yang membatalkan permit festival ini, dapat meredakan keadaan. Namun, di pihak beberapa orang pemimpin DAP, mereka kekal dengan pendirian untuk mahu mengadakan festival ini walaupun secara terang-terangan di bantah oleh umat Islam.

Menariknya, ketika pembentangan RUU 355 di Parlimen, pertengahan tahun lalu, puak-puak ini jugalah yang membantah keras pembentangan Rang Undang-Undang yang dikhususkan khas buat umat Islam. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Kenapa mereka mencampuri urusan umat Islam di negara ini?

Hari ini, tersebar satu lagi poster yang mendakwa, ada pihak cuba menganjurkan pesta gay pula di Kuala Lumpur. Pesta yang dijadual bakal diadakan pada 30 September ini dikatakan cuba mempromosikan kehidupan pengamal gay kepada orang ramai dan menghimpunkan pengamal gay di negara ini.

Timbul persoalan, adakah mereka ini sebenarnya cuba mencabar kesabaran umat Islam dengan menganjurkan festival dan pesta yang secara terang-terangan ditolak oleh Islam? Adakah mereka lupa bahawa negara ini adalah negara yang meletakkan Islam di tahap tertinggi di dalam Perlembagaan Negara? Adakah mereka cuba untuk menimbulkan ketegangan agama dengan melakukan provokasi berpanjangan seperti ini?

Comments

comments

Related Post

Satu Persatu Usaha Mereka Menjahanamkan Aqidah Uma...
Melayu , Islam, Raja Dan  Askar Melayu- Empat Perk...
Melayu Dan Islam Malaysia Berhadapan Dengan Ancama...
Dr MAZA Berang Hindraf Putar Belit Kenyataan, Camp...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...