Get $25 free
loading...

Baik DAP Diam, Netizen Sokong Tindakan DBKL Tolak Pesta Arak

Share This:

Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) turut mendapat pujian netizen.

Kebanyakkan mereka bersetuju bahawa penganjuran festival berkenaan tidak mendatangkan faedah malah hanya mengundang padah sahaja.

Pengguna Facebook, A Rahman Arham berpendapat festival tersebut merupakan lesen untuk orang ramai khususnya anak muda bertindak melulu.

“Arak adalah dari segala kejahatan, apabila seseorang meminum arak, akalnya terganggu dan tidak normal maka lahirlah perbuatan-perbuatan jahat dan salah laku hingga ke tahap penzinaan dan membunuh,” tulisnya yang dipetik portal Sinar Harian Online.

Turut menyokong merupakan pengguna Facebook, Izzat Jo dan mengajak masyarakat untuk turut membantah festival berkenaan.

“Salah satu kemenangan kecil, betapa susahnya nak banteras perkara maksiat dan rosak di Malaysia, bantahan dari semua umat Islam perlu.

“Suarakan pendapat anda, ajukan kepada pimpinan dan pihak berkuasa,” tulisnya.

Ada juga netizen yang mengucapkan tahniah kepada pihak DBKL yang membuat keputusan yang tepat apabila menolak permohonan tersebut seperti Ramli Ahmad.

“Terima kasih DBKL yang bersifat prihatin dan memahami sensitiviti orang ramai, hairan juga kita apabila baru 60 tahun merdeka, dah ada yang mula lupa syarat-syarat asas kemerdekaan dan perlembagaan kita,” tulisnya pula.

Pengguna Facebook, Afri Ibrahim juga berpendapat sedemikian.

“Sebarang aktiviti yang buruk harus dibantah, yang untung hanyalah pihak penganjur festival ini manakala yang rugi tentunya rakyat. Tahniah pihak DKBL,” tulisnya.

Bagi pengguna Facebook, Umtaz Haris pula dia mengharapkan orang ramai khususnya bukan Islam mengambil positif bantahan penganjuran festival ini.

“Bagi yang bukan Islam, mungkin akan memandang perkara ini tidak adil tetapi kita ambil cara positif. Pesta Beer akan membuatkan ramai yang mabuk hingga membawa kepada perilaku yang membahayakan diri sendiri dan orang lain.

“Contohnya, memandu dalam keadaan mabuk hingga kemalangan, jadi bayangkan perkara ini terjadi pada generasi muda,” tulisnya.

Sementara itu, tindakan DBKL menolak permohonan penganjuran BBF17 ini turut mendapat pujian Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia yang merasakan ia satu keputusan yang berhemah.

Comments

comments

Related Post

PM Thailand Tak Tahan Dengan Goyangan Berahi Lamya...
Kalau Bukan Gila Kuasa, Apa Lagi Kalau Pegang Samp...
PAS Dan PKR : Di Pulau Pinang Menang Oleh Mandat S...
Orang Ramai Percaya, Lebih Ramai Akan Keluar Dari ...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...