Get $25 free
loading...

7 warga Filipina disyaki anggota Abu Sayyaf ditahan

Semua suspek berumur antara 22 hingga 38 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa syarikat swasta

Mohamad-Fuzi-Harun_handcuff_600

KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki warga Filipina disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG) ditahan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, pada 14 Sept lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata kesemua suspek berumur antara 22 hingga 38 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa syarikat swasta ditahan anggota Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas.

Beliau berkata mereka ditahan susulan penangkapan 19 lelaki yang merancang serangan ketika upacara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan perbarisan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka 30 Ogos lepas.

“Seorang suspek berumur 22 tahun merupakan anggota ASG yang pernah terlibat dalam pertempuran dengan tentera Filipina serta aktiviti penculikan di selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi berkata kesemua suspek memasuki negara ini melalui Sandakan, Sabah pada September 2015 sebelum ke ibu negara menggunakan dokumen perjalanan palsu.

“Polis akan terus mempergiatkan usaha mengesan dan menangkap pengganas asing yang menyusup masuk ke negara sama ada berlindung, mengumpul dana, melancarkan serangan atau menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi mereka bagi merancang serangan ke atas negara ketiga,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan bawah Kanun Keseksaan Bab VIA iaitu kesalahan berkaitan keganasan dan akan disiasat mengikut prosedur bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Beliau berkata 41 warganegara asing dikategorikan sebagai Pejuang Pengganas Asing ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas sejak awal tahun ini.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...