Get $25 free
loading...

Rindu Pada Ayah, Que Haidar Luahkan Dalam Nyanyian

Nama yang tidak asing lagi dalam industri seni, seorang pelakon yang dikenali ramai, Que Haidar kini sudah mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar, telah mengeluarkan single pertamnya yang berjudul Kisah Cinta.

http://ift.tt/2rKV73U

Menurut Que, lagu yang ini sangat peribadi buat dirinya kerana ianya mengisahkan tentang rasa rindunya kepada arwah bapanya.

"Sebenarnya ia mula dengan suka-suka sahaja. Saya harming dan saya rakam kemudian saya tulis liriknya sendiri.

"Ia memakan masa selama dua tahun dan lirik adalah ciptaan saya dan rakan, Ana pena.

"Selama dua tahun itu, saya dengar dan betulkan balik lagu dan lirik ini sehinggalah saya mulakan rakaman pada awal tahun ini.

"Pada awalnya saya hendak memilih penyanyi lain seperti Syamel atau Adira untuk menyanyikannya.

"Tetapi keluarga dan rakan-rakan yang memberi semangat untuk saya nyanyikan lagu itu apatah lagi saya penghayatan lagu itu ada pada diri saya.

"Lagu yang saya cipta  ini sebenarnya mengisahkan orang yang saya sayang terutama arwah bapa saya yang pergi pada tahun 2001.

"Saya rindu semua tentang dia. Rindu akan kasih sayang serta belaian dia," katanya.

Que berkata lagi, dia merancang untuk mempromosikan lagunya ini di beberapa stesen radio.

"Lagu ini sekadar percubaan pertama saya dan saya belum merancang apa-apa lagi untuk kerjaya nyanyian saya selepas ini.

"Namun untuk lagu ini, saya akan cuba mempromosikan ke beberapa stesen radio dahulu.

"Bagi saya nyanyian adalah satu luahan rasa yang saya mahu sampaikan kepada pendengar.

"Justeru, jika saya hendak menyanyi sekalipun biarlah lagu itu ciptaan saya sendiri," ujarnya lagi.

Sumber: Astro Gempak

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...