Gambar Zul Ariffin Berseluar Pendek Dapat Perhatian Netizen

Pelakon, Zul Ariffin yang menjadi idaman ramai dan sentiasa mendapat perhatian peminat lebih-lebih lagi wanita.

Terbaru pelakon popular ini telah memuat naik gambarnya yang memakai seluar pendek di akaun instagramnya.

Gambar yang dikongsi olehnya ini mendapat perhatian ramai netizen lebih-lebih lagi daripada kaum wanita.

Antara komen-komen netizen terhadap gambarnya adalah,

tasha_zakaria: Too hot to handle

syu_ha: peh peha dia takut tgk

azharsoyed: Awesome

http://ift.tt/2rKRwCF

http://ift.tt/2rKRx9H

Sedikit informasi tentang Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli bin Ariffin mula bergiat aktif dalam bidang lakonan semenjak tahun 2008 menerusi watak pelakon pembantu dalam siri drama Awan Dania di saluran Astro.

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi drama bersiri Rindu Awak 200% yang menggandingkannya dengan Ayda Jebat dan kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda sekali lagi menerusi drama M.A.I.D di saluran Astro.

Pada Festival Filem Malaysia ke-26, Zul telah memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi filem Penanggal.

Pernah juga merangkul Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2014.

Beralih kepada kehidupan peribadinya, Zul mempunyai darah kacukan Melayu dan Belanda dan beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taping, Perak.

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia namun malangnya beliau tidak layak disebabkan oleh kcederaan di bahunya.

Sumber: Instagram Zul Ariffin

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...