Get $25 free
loading...

Fattah Geli Hati Dengan Gelaran 'Kayu Paling Popular'

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon lelaki popular yang lahir daripada pertandingan Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin.

Selepas menjuarai pertandingan tersebut, Fattah mula meceburi bidang lakonan dan di awal kemunculannya dalam bidang lakonan, dia sering dikritik dan digelar dengan gelaran pelakon kayu.

Namun dia pernah berkata dalam satu anugerah berprestij yang telah menobatkan dirinya sebagai pelakon lelaki paling popular, gelaran pelakon kayu itulah yang membawa dirinya untuk menjadi lebih baik sehingga dia memenangi anugerah tersebut.

Terkini, di imej carian Google jika ditaip perkataan Kayu Paling Popular maka keluarlah wajah Fattah.

Menurut sumber Fattah memberitahu bahawa dia tidak berkecil hati dengan gelaran kayu paling popular itu namun sebaliknya dia berasa geli hati dan ketawa besar apabila mendengarnya.

“Saya ada cakap kayu pun boleh popular ketika menerima trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini.

“Agaknya ada penonton salah faham dan menjadikan perkara itu serius.

“Saya langsung tidak berasa terkilan malah tergelak besar apabila pencarian itu menjadi tular di media sosial,” katanya.

Fattah kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Hero Seorang Cinderella yang sudah ditayangkan di saluran Astro dan di dalam drama ini dia digandingkan dengan pelakon wanita yang tidak kurang hebat namanya dalam industri seni iaitu Fazura.

Pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Lisdawati, Nina Juren, Aedy Ashraf, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim dan ramai lagi

Sumber: Harian Metro

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...