Get $25 free
loading...

Cepat Popular, Wany Hasrita Jadi Takut!

Lagu Menahan Rindu dari pendatang baru, Wany Hasrita benar-benar melonjakkan nama bekas pelajar Sains Perubatan di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alam ini di arena seni suara tanah air.

Populariti lagu tersebut  secara tidak langsung turut mengheret pemilik nama lengkap Nursyazwany Hasrita Hasbullah itu ke kancah glamor yang bukan calang-calang.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, anak jati Kuala Lumpur ini memberitahu, dalam pada gembira kerana dirinya diterima baik peminat di negara ini, namun ada ketikanya dia rasa takut.

Bukan takut atau bimbang atas faktor keselamatan atau privasi, namun bintang muda ini risau andai skala populariti itu akhirkan akan memakan diri sendiri.

“Alhamdulillah, lagu Menahan Rindu memberi langkah kanan buat saya masuk industri seni. Terima kasih buat semua yang memberikan sokongan. Apa pun, saya agak terkejut dengan perkembangan ini. Sekelip mata peminat sudah kenal.

“Bagaimanapun saya sedar, sebagai orang baru saya masih lagi kena belajar untuk memberikan yang terbaik buat peminat pada masa depan.

“Tidak boleh mengharapkan magis single sulung semata-mata,” akuinya kepada Media Hiburan Online.

Tambahnya lagi, dia pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada ibu, Norita Jaafar,46.

“Saya pernah cakap padanya, saya takut kerana cepat sangat naik. Bila ingatkan balik, tiba-tiba rasa down. Tapi ibu naikkan semangat saya kembali. Katanya, saya kena percaya pada rezeki.

“Setiap individu itu sudah ditentukan rezekinya. Kalau saya tiada lagi rezeki dalam seni, mungkin ada tuah di tempat lain.

“Jadi saya pegang kata-kata itu dan hanya fokus untuk terus konsisten dan berikan yang terbaik untuk semua,” azam Wany yang kini popular dengan lagu duetnya bersama Tajul berjudul Di Sana Cinta Di Sini Rindu.

Demi memantapkan vokalnya juga, penyanyi muda ini penah belajar vokal dengan Ernie Zakri sejak tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Wany baru saja selesai menjalani penggambaran klip video untuk sebuah lagu raya bersama artis FMC Music yang lainnya berjudul Lebaran Terindah.

Penggambarann klip video pada pertengahan Mei lalu itu telah dijalankan di Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka.

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...