Get $25 free
loading...

““Kita Tabur Duit Pun Tak Bahagia Juga””


Pernah melalui tiga kali penceraian, Datuk Seri Vida melalui temubual khas bersama Utusan Malaysia baru baru ini berkongsi sedikit sebanyak bagaimana dia berhadapan dengan situasi sebegini.


Pernah melalui tiga kali penceraian, Datuk Seri Vida melalui temubual khas bersama Utusan Malaysia baru baru ini berkongsi sedikit sebanyak bagaimana dia berhadapan dengan situasi sebegini.
Apa yang menarik, di dalam temubual tersebut juga usahawan wanita berjaya ini juga turut menyatakan pandangannya terhadap kemampuan wang dalam membeli kasih sayang – berdasarkan latarbelakangnya yang ramai sudah mengetahui adalah wanita berkerjaya dan juga memegang gelaran jutawan.
“Pada saya boleh juga hendak beli. Tetapi bahagia yang subjektif. Bahagia rumah tangga, ada orang boleh beli, tabur duit jadi bahagia. Tetapi sekarang ni, kita tabur pun tak bahagia juga, macam mana tu?”
“Cuma ia mengajar saya, lain kali carilah pasangan yang sekufu dengan kita, itu pengajaran buat saya,” katanya kepada akhbar tersebut. Malah menurut Datuk Seri Vida, dia sendiri tidak pernah serik untuk membina rumahtangga yang baru.
Sementara itu, bagi mengubat rasa hati yang sedang bersedih ketika ini, Datuk Seri Vida pastinya memilih untuk membeli belah, sekurang kurangnya dia dapat terus laju bergerak ke hadapan demi mengharungi kehidupan.
“Oho, sudah tentulah dengan membeli-belah. Lagi banyak beli, lagi sejuk hati tu. Tetapi yang lebih penting lagi, malam-malam saya akan bermunajat. Saya jenis tidur lewat. Tidur sekejap, bangun balik untuk bermunajat kepada Allah”
“Saya adu segala-galanya kepada Dia, kemudian saya akan tidur semula selepas subuh. Sehari saya cuma tidur lima jam sahaja. Tetapi peliknya, kalau orang lain tak tidur kurus, tetapi saya tetap macam ni….Hahaha!,” kongsinya lagi kepada akhbar tersebut.


6 komen untuk ““Kita Tabur Duit Pun Tak Bahagia Juga”
  1. Razman says:
    Jodoh pertemuan dan perpisahan itu di tgn tuhan…tabah yer dato’ vida
  2. Karisma says:
    Wang ringgit bukan menjamin kebahagian hidup dibumi Allah jodoh dan maut tuhan tentukan. Kesefahaman, kejujuran dan keikhlasan pasangan itu yang penting.
  3. Nor haizul bin Hj Abu says:
    kekayaan dunia hnya sementara dato’vida….
    di sisi Allah kita semua sama sahaja… Allah x pandang harta kita yg banyak…
    Allah hnya pandang iman kita, ilmu yg bermanfaat serta kemana harta kita yg hendak dibawa…. disitu ada hak2 org lain yg lebih memerlukn…
    yg miskin lg di uji… apa lg yg kaya lg kuat ujiannya… Allah tidak akan turunkn sesuatu ujian itu pd hambanya yg mampu dan kasih pd hambanya…
    setiap qada dan qadar Allah itu ada tersembunyi satu hikmah dan rahmat Allah…
    sentiasalh berdamping dgnnya.. utk mengenalinya dgn lebih dekat lg..
    sesungguhnya Allah azza waljallah maha pengasih serta maha penyayang..
    krn kasih dan sayangnya lh… kita di uji dgn perbagai ujian… supaya kita tidak jauh tersasar dan melupainya… wallahhualam..
    semoga Dato’Vida sentiasa dlm rahmat Allah dan berjaya…. dipermudahkn segala urusan dan rezeki…. jdlh seperti siti khatijah.r.a.. Aamiin2 ya Rabb.
  4. Reen says:
    Harta tak menjanjikan kebahagiaan dato..ap guna ada harta kalau jiwa kacau..
  5. Siti fatimah bt ibrahim says:
    Salam Datuk..ini ada dugaan Allah. Bersabarlah dlm menempuh dugaan ini..jngn bersedih..hudup mesti di teruskan..Ingat Allah selalu..
  6. Mhd nasrulhaq says:
    Btl tu, yg pnting buat baik berpadah-padah, jgn sesekali sakti seseorg, biar apa org kta yg pntig hti dia snang bkata2


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...