Get $25 free
loading...

Dr Zuhdi  Marzuki -Mahathir Lebih Jahat , Buruk Dari Najib , Fakta yang Tepat

Hati tua sudah terguris, Hati tua ini sudah tersinggung , tetapi pernah atau tidak si hati tua ini  memikirkan  tersinggungnya hati rakyat Malaysia ketika zaman pemerintahannya yang mana semua pandangan dan pendapat tidak pernah diambil kira.

Pujukan serta pelawaan untuk PAS bersama Pakatan Harapan sudah lebur sama sekali. PAS kini sudah terbuang jauh dari Pakatan Harapan. Harapan Pakatan Karapan untuk mempergunakan PAS dalam meraih kemenangan dalam PRU 14 akan datang sudah terkubur sama sekali.

Prinsip perjuangan PAS kian utuh dikala bersendirian tanpa “musang berbulu ayam” didalam parti. PAS kini boleh memikirkan langkah seterusnya untuk memberikan impak yang padu  dalam PRU 14 akan datang dengan memberikan tentangan terhadap PPBM, PAN dan DAP.

Setelah berbagai usaha untuk membawa PAS masuk semula ke dalam Pakatan gagal  dilakukan. Kini pemimpin Pakatan mula mengambil keputusan menolak PAS secara “total” dari Pakatan Harapan.

PAS telah memutuskan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PAN adalah disebabkan pengkhianatan yang dilakukan oleh kedua parti tersebut terhadap PAS. Sikap menikam dari belakang dan memperkecilkan dasar perjuangan PAS dilihat sebagai modal  untuk memberikan tekanan  terhadap PAS untuk mengubah dasar PAS sendiri.

Pada dasarnya tuduhan itu amat tepat dan benar, Jika kita imbas zaman pemerintahannya dasar kuku besi dan diktator yang menjadikan rakyat tidak boleh menyuarakan pandangan adalah satu  perkara yang amat zalim dan kejam.

Ancaman penutupan syarikat akhbar yang mengkritik cara beliau memerintah dilihat satu kesalahan yang amat besar. Begitu juga penggunaan kuasa  ISA dengan sewenangnya untuk melindungi karier politik dari terus dikecam.

Sekarang ini Mahathir terus  membuat tuduhan terhadap PAS dengan mendakwa terdapat kumpulan tertentu dalam parti Islam yang berusaha untuk mensabotaj kerjasama PPBM-PAS. Pada masa yang sama Mahathir tidak mahu memikirkan kenapa pujukan dan penolakan  PAS terhadap Pakatan Harapan dibuat berdasarkan sejarah politik semasa PAS didalam Pakatan Rakyat.

Semua orang tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan terlalu teruja untuk bekerjasama dengan PAS, namun kerjasama perlu dilakukan untuk kebaikan dan memberikan impak sokongan terhadap PPBM sewaktu  pilihanraya akan datang.

Sokongan PAS sedikit sebanyak akan memberikan kesan  positif dalam  jumlah undi yang akan diberikan kepada PPBM oleh PAS. Ini yang sebenarnya  tujuan untuk menarik PAS masuk semula kedalam Pakatan Harapan yang mana segala usaha ini dilakukan  bersama oleh PKR dan DAP.

Sekarang dengan keputusan yang dikeluarkan, PPBM sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan, PAS tidak berminat untuk meneruskan kerjasama dengan parti itu susulan sikap tikam belakang  dan memperkudakan PAS disamping meminggirkan pandangan PAS sewaktu bersama seketika dahulu.

Begitulah sebaliknya PAS juga tidak terlalu teruja untuk bekerjsama dengan PPBM, untuk mengurangkan rasa kecewa PPBM telah memujuk hati mereka dengan berkata bahawa bukan nak sangat (kerjasama) dengan dia. Dia (PAS) pun bukan nak sangat dengan kita.

Jika PPBM satu pertubuhan yang kuat dan tidak dapat diancam oleh mana-mana parti sudah pastinya tidak akan melutut untuk mendapatkan rakan yang lain untuk memastikan  kemenangan dalam PRU14 nanti.

Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM bermesyuarat hari ini menetapkan 2 Februari sebagai tarikh muktamad berkaitan dengan kerjasama dengan PAS.  PPBM masih menaruh harapan yang mengunung  untuk PAS bersama dengan mereka dalam agenda untuk memperkudakan PAS demi kemenangan mereka nanti.

“Kita mendapati ramai daripada pemimpin PAS yang nampaknya memilih untuk mensabotaj usaha kerjasama dengan PAS. Mereka buat serangan terutama terhadap saya.

“Dr Zuhdi Marzuki (Pengarah Pusat Penyelidikan PAS) dan beberapa orang lagi pemimpin PAS anggap saya lebih buruk daripada Najib,” katanya.

.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...