Get $25 free
loading...

Setakat Ini 204 Orang Mangsa Banjir Di Terengganu

Setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal seramai 204 orang daripada 58 keluarga.Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi applikasi Infobanjir melaporkan di Kuala Terengganu, Sekolah Kebangsaan Gemuruh masih menempatkan 126 mangsa dari 38 keluarga seperti malam tadi.

Begitu juga di Dungun, ia kekal tidak berubah iaitu seramai 78 orang (20 keluarga) yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya melalui laman web www.met.gov.my mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama).

Hari ini, angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Kelantan dan Terengganu.

Pada masa yang sama, keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...