Get $25 free
loading...

MPK Tidak Mohon Permit Untuk Persembahan Bunga Api

Rupa-rupanya pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak ada membuat permohonan untuk mendapatkan permit untuk mengadakan pertunjukan bunga api ketika sambutan ambang 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran, malam tahun baru.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asistan Komisioner (ACP) Alzafny Ahmad.

Pada kejadian itu, ia telah mengakibatkan 14 orang cedera selepas bunga api berkenaan meletup di tanah.

“Kesemua mangsa yang menerima rawatan sebagai pesakit luar dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pertunjukan bunga api itu merupakan sebahagian daripada program Fiesta Gegar Klang anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Disember hingga semalam.

Selain pertunjukan bunga api, program lain yang dijadualkan sepanjang fiesta itu termasuk jualan gerai, trak makanan, persembahan badut, persembahan motosikal, senamrobik perdana dan kayuhan santai basikal.

Alzafny berkata MPK selaku penganjur sepatutnya memohon permit bagi mengadakan pertunjukan bunga api itu.

Dalam kejadian itu, seramai 14 pengunjung iaitu 10 dewasa dan empat kanak-kanak melecur akibat terkena serpihan letupan bunga api.

Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan lima perempuan.

Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara.

Terdahulu, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat insiden berkenaan.

Mohamad Yasid berkata langkah keselamatan diutamakan sepanjang program itu yang dihadiri kira-kira 15,000 orang. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...