Get $25 free
loading...

Kelantan dijangka buka pusat mangsa banjir di Pasir Mas, Tumpat

Berikutan air sungai mula mengalir masuk ke kawasan terbabit

apm_banjir_pusat_600

KOTA BHARUL: Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 944 orang daripada 263 keluarga setakat 4.00 petang ini berbanding 1,220 orang daripada 278 keluarga pada 12.00 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Hussin berkata kesemua mangsa itu ditempatkan di 23 pusat pemindahan iaitu masing-masing 8 orang di Kuala Krai, Jeli (4 orang), Tanah Merah (6 orang), Jeli (4 orang) serta 1 pusat yang baru dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat, Pasir Mas.

Beliau berkata mangsa banjir di Kuala Krai kini adalah seramai 463 orang daripada 122 keluarga, 348 orang di Jeli (94 keluarga), 154 orang di Tanah Merah (44 keluarga) dan 9 mangsa baharu daripada 3 keluarga di Pasir Mas.

Keseluruhan pusat pemindahan di Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah ketika ini menunjukkan penurunan walaupun pusat pemindahan belum ditutup kerana mangsa memutuskan pulang ke rumah masing-masing selepas cuaca bertambah baik petang ini, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Zainuddin berkata seramai 14 mangsa masih berada di pusat pemindahan banjir di Dewan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Sungai Satan, Jeli berbanding 54 mangsa tengah hari tadi.

Bagaimanapun, beliau menjangka pusat pemindahan banjir akan dibuka di beberapa jajahan lain termasuk Pasir Mas dan Tumpat selepas ini berikutan air sungai mula mengalir masuk ke kawasan terbabit.

Sementara itu, 3 sungai utama di Kelantan menunjukkan penurunan paras air petang ini, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ift.tt/1lUz7IE.

Sungai Galas di Dabong menurun kepada 35.10m berbanding 36.09m tengah hari tadi. Paras bahaya bagi sungai berkenaan adalah 38m.

Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 31.26m berbanding 31.76m (paras amaran 35m) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pada paras 24.43m berbanding 24.70m (paras amaran 25m).

Bagaimanapun, air Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras 9.41m, melepasi paras amaran berbanding 8.97m (paras amaran 9m).


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...