Get $25 free
loading...

Kami bukan proksi Dr M, kata Warisan

Setiausaha agung Parti Warisan Sabah berkata khabar angin yang menjadi viral itu fantasi pasukan siber.

Loretto_warisan_600

PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) menepis dakwaan yang mengatakan parti itu proksi parti politik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Tidak betul sama sekali. Barangkali ini khabar angin yang diviralkan oleh teori konspirasi pasukan siber yang tidak bertanggungjawab,” kata Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr. dalam satu kenyataan hari ini.

Padua menjawab artikel “Orang Asal dismiss Shafie as Dr M’s proxy” yang disiarkan FMT pada 27 September oleh Joe Fernandez. Menurut artikel itu, beberapa orang dalam kalangan Orang Asal di Sabah melihat Datuk Seri Shafie Apdal sebagai proksi Dr Mahathir.

Padua berkata sebelum penubuhan Warisan, sebahagian besar pemimpinnya berjuang bermati-matian untuk Sabah dan kawasan masing-masing tanpa bantuan Dr Mahathir.

Bagaimanapun, beliau menambah tidak pernah gerakan “besar-besaran” untuk menewaskan Umno Sabah sejak 1994, seperti yang digerakkan Warisan.

“Kita saksikan gerakan ini sesuatu yang dinantikan rakyat Sabah, sejak sekian lama, iaitu kebangkitan sebuah parti tempatan yang boleh merampas 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipegang Umno Sabah dan kerusi lain.

“Tidak hairanlah mengapa usaha digerakkan untuk mencemar nama baik pemimpin muda Warisan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat Sabah agar kita lupa matlamat asal menewaskan Umno Sabah.”

Bagi tahun 2017, Warisan merancang untuk menghidupkan sokongan akar umbi dan memperkukuh parti, tambahnya.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...