Get $25 free
loading...

Farah Asyikin Kembali Bergelar Isteri

KUALA LUMPUR – Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Farah Asyikin, 37,  sah bergelar isteri kepada pasangannya, Raja Iskandar Raja Mukhtaruddin, 51, di Pusat Komuniti Bukit Damansara sebentar tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Burhanuddin Othman, Imam Masjid Umar AlKattab, Bukit Damansara, kira-kira pukul 11.57 pagi  tadi dengan berwalikan adik pengantin perempuan, Mohd Faisal Bukharee Zulkifli.

Pada majlis yang turut  diraikan keluarga dan teman rapat ini, Fara menerima mas kahwin sebanyak RM80 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Perkahwinan ini merupakan kali ketiga buat Fara dan ibu kepada seorang anak lelaki, Ebrahim Owais ini mengharapkan agar jodohnya kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...