Get $25 free
loading...

Amanah pertahan hak pertikai mabrur haji

Ia berkaitan dengan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kepulauan Cayman, 'pusat terkenal simpanan wang judi, dadah dan kongsi gelap'.

Raja-Kamarul-Bahrin_mahathir_1mdb_600

PETALING JAYA: Amanah hari ini mempertahankan hak mempertikaikan mabrur ibadat haji, memandangkan ia berkaitan dengan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kepulauan Cayman, “pusat terkenal simpanan wang judi, dadah dan kongsi gelap”.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata rakyat berhak tahu adakah peserta program haji 1MDB dibiaya dengan wang daripada sumber yang halal dan bersih.

“Adakah sumber wang ini digunakan untuk membiaya haji oleh 1MDB? Bagaimanapun, menteri di jabatan perdana menteri tidak memberi jawapan yang jelas selain daripada menyatakan ‘ianya adalah pelaburan jangka masa pendek'”.

“Kalau perbuatan itu haram ia tetap haram walaupun untuk jangka masa pendek kerana ada banyak lagi pilihan lain yang halal,” kata pemimpin parti Islam itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjawab Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang dilaporkan berkata hanya Tuhan yang boleh menentukan mabrur ibadah haji peserta program 1MDB.

Asyraf mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa ibadah haji tidak mabrur jika menggunakan wang program khas perdana menteri-Yayasan 1MDB, kerana ia mungkin berpunca daripada wang yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman menjelaskan pemberi wang dan sumber wang pemberi itu tidak menentukan mabrur ibadah haji penerima.

Oleh itu, Amanah meminta kedua-dua agamawan menjelaskan status halal dan bersih wang 1MDB yang dilaburkan di Kepulauan Cayman.

“Jangan mengamalkan budaya pilih kasih hingga hanya nampak kuman di seberang lautan tetapi gajah di depan mata tidak pula nampak.

“Adalah mulia perbuatan seorang agamwan bercakap benar walaupun betapa pahitnya di depan pemerintah yang zalim.

“Bukan hanya menegur mereka yang tiada lagi apa-apa kuasa hari ini walaupun pernah disanjung seketika dahulu semasa dia berkuasa.

“Tidak sepatutnya wujud istilah ulama cari makan,” katanya.

Hanya Tuhan boleh tentukan haji mabrur, kata Asyraf

Tiada kaitan wang 1MDB dengan haji mabrur, kata mufti


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...