Get $25 free
loading...

Kubur Bercahaya Di Paroi, Antara Fakta Dan Auta

TINDAKAN tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang cuba meraih populariti dengan agenda tersendiri dari kematian  Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairi b Hj Zainudin berumur 45 tahun amat dikesali. Beliau yang meninggal dunia akibat sakit jantung merupakan Pengerusi Guru Tahfiz Al-Quran di Senawang Negeri Sembilan.

Beberapa pihak menyebarkan khabar angin kononnya kubur Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairi b Hj Zainudin bercahaya dengan Syafaat Al Quran ketika dikebumikan pada waktu zohor.

Namun perkara tersebut telah disangkal oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan Tuan Haji Nor Azami Alias. Menurut beliau bukan kubur tersebut yang bercahaya. Pihak yang cuba meraih keuntungan telah mengunakan “trick camera” untuk menukar cahaya matahari kepada kubur yang bercahaya.

Malah menurut Datuk Seri Haji Nadir Yusof yang hadir dalam pengebumian tersebut, itu adalah gambar yang diedit memandangkan tiada cahaya kubur seperti yang didakwa. Beliau menyeru orang ramai meenghentikan gambar fitnah tersebut.

Sepupu arwah dikatakan orang yang bertanggungjawab mencipta kekeliruan ini dengan agenda beliau yang tersendiri. Namun tidak dapat dinafikan bahawa arwah merupakan seorang yang baik.

Oleh itu, kita dinasihatkan agar berhati-hati menyebarkan bahan-bahan yang diviralkan di media sosial. Kesilapan kadangkala akan menjejaskan akidah kita.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...