Get $25 free
loading...

Istanbul diserang lagi, lelaki ‘Santa’ tembak kelab malam

Gabenor berkata penyerang menembak mati anggota polis dan orang awam di pintu masuk kelab Reina sebelum melepaskan tembakan dalam premis itu ketika pengunjung menyambut tahun baru.

santa-kill

ISTANBUL: Setakat ini 35 dilaporkan terbunuh dalam serangan keganasan di sini awal pagi tadi apabila lelaki berpakaian Santa Claus menyerbu masuk sebuah kelab malam elit dan melepaskan tembakan ke arah pengunjung yang menyambut tahun baru 2017.

Gabenor Istanbul Vasip Sahin berkata seorang penyerang menembak mati anggota polis dan orang awam di pintu masuk kelab malam Reina, salah satu lokasi berhibur paling eksklusif, sebelum melepaskan tembakan di dalam kelab itu.

Agensi berita Dogan berkata ada 2 penembak memakai pakaian seperti Santa Claus.

“Malangnya, sekurang-kurangnya 35 orang awam maut. Seorang pegawai polis, sementara 40 yang lain sedang dirawat di hospital,” katanya kepada wartawan di tempat kejadian.

“Penyerang itu dengan cara paling ganas dan tanpa kemanusiaan menyasarkan mangsa tak bersalah yang datang ke sini hanya untuk menyambut tahun baru dan bergembira,” katanya.

Gambar televisyen menunjukkan pengunjung kelab itu keluar dari premis itu dalam keadaan terkejut.

Sahin berkata serangan bermula jam 1.15 pagi waktu tempatan, sebaik saja sambutan tahun baru diraikan.

Bagaimanapun, gabenor itu tidak menyatakan dengan terperinci nasib penyerang atau sama ada terdapat lebih seorang penyerang dalam insiden itu.

Dalam insiden itu, ramai pengunjung kelab berkenaan terjun ke selat Bosphorus kerana panik selepas serangan itu dan pasukan penyelamat bergegas menyelamatkan mereka, kata televisyen NTV.

Agensi berita Dogan melaporkan beberapa saksi mendakwa penyerang bercakap dalam bahasa Arab sementara pasukan polis khas masih menyiasat dalam kelab berkenaan.

Dilaporkan, kira-kira 700 pengunjung berada dalam kelab itu menyambut tahun baru 2017.

Beberapa serangan keganasan berlaku di Turki, dan antaranya pada 10 Disember, 44 terkorban dalam kejadian bom berkembar selepas perlawanan bola sepak kelab tempatan.

Seminggu selepas itu 14 askar Turki terkorban dan berdozen lagi cedera dalam kejadian serangan bom berani mati.

Pada Jun, 47 terbunuh dalam 3 serangan bom berani mati dan tembakan di Lapangan Terbang Ataturk, dengan pihak berkuasa berkata IS bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Seramai 57 lagi maut, dengan 34 daripada kanak-kanak dalam serangan berani mati pada Ogos dalam satu majlis perkahwinan.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...