Get $25 free
loading...

15 sekolah ditutup di Kelantan

8 Sekolah di Kuala Krai, 5 di Tanah Merah dan 2 di Jeli ditutup selepas mengambil kira keselamatan guru dan pelajar

Jaafar-Ismail

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menangguhkan hari pertama sesi persekolahan 2017 bagi 13 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli esok berikutan laluan ke sekolah terbabit ditenggelami banjir.

Pengarahnya Jaafar Ismail berkata jumlah itu merangkumi 8 sekolah di daerah Kuala Krai, 5 sekolah di daerah Tanah Merah dan 2 sekolah daerah Jeli.

Lapan sekolah terbabit di daerah Kuala Krai ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Karangan, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Kuala Nal, SK Pasir Gajah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gajah dan SK Pasir Kelang.

Lima sekolah di daerah Tanah Merah ialah SK Sokor, SK Kampung Panjang, SK Ladang Kerilla, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla dan SK Kulim manakala di daerah Jeli ialah SK Kuala Balah dan SMK Kuala Balah, katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Menurutnya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keselamatan guru dan pelajar sekolah yang mungkin berdepan bahaya banjir jika hadir ke sekolah esok.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...