Get $25 free
loading...

Pocong Terbang Terbalik Di Lebuhraya?

“Saya hampir diserang sakit jantung sebaik terserempak objek menyerupai hantu pocong yang sedang berdiri tegak di atas kereta di tepi jalan” kata seorang pemandu kereta yang bernama Imran Mohd Yahya, 29.

Jelasnya, kewujudan ‘hantu’ itu disedarinya jam 7 pagi semalam, ketika melalui Taman Pinggiran Delima menuju ke Ampang.

“Objek itu didapati sengaja didirikan di bahagian belakang kereta yang rosak dan ditinggalkan di tepi jalan dipercayai dengan tujuan untuk menakutkan orang ramai” katanya.

“Mujur tiada kemalangan jalan raya berlaku akibat rasa panik pemandu kenderaan yang melalui kawasan sunyi itu” katanya lagi.

Insiden itu turut menjadi viral di media sosial Facebook apabila rata nitizen mengecam tindakan pihak tertentu menakutkan pengguna jalan raya.

Manakala, seorang lagi pengguna jalan raya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Syafiq, 29, berkata, dia menggunakan laluan itu saban hari untuk ke tempat kerja.

“Hampir gugur jantung saya sebaik melihat ‘pocong’ itu berdiri di atas kereta. Ini adalah kejadian kali pertama dialami dan perkara ini tidak dibuat main-main” ujarnya.

Dia berkata, perbuatan itu boleh mendatangkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang terkejut apabila melihat objek berkenaan.

Seorang penduduk berhampiran, Lukman, 65, berkata, suami isteri dilihat menurunkan objek berkenaan dari aPocongtas kereta rosak itu.

“Mereka juga turut memeriksa kawasan itu dan menjumpai barangan peralatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibuang di kawasan berkenaan” katanya.

Tambahnya lagi, kawasan itu sering dijadikan tempat pembuangan sampah dan tiada tindakan diambil bagi membersihkan lokasi itu.

-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...