Get $25 free
loading...

Hanya Satu Pusat Pemindahan Dibuka Di Terengganu

Hanya satu pusat pemindahan banjir masih dibuka di negeri ini iaitu di Sekolah Kebangsaan Chendering yang menempatkan tujuh orang dari tiga keluarga.

Pemangku Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Terengganu, Rusmi Mahmood berkata, 322 orang dari 329 mangsa yang berada di empat pusat pemindahan sebelum ini telah dibenarkan pulang susulan air telah surut di kawasan mereka.

Beliau berkata penduduk terutama di kawasan rendah perlu terus berwaspada berikutan Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.- BERNAMA

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...