Get $25 free
loading...

Buku “Kesetiaan Sepanjang Hayat” Dilancarkan Oleh Najib Razak

Pada hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri telah menyempurnakan majlis pelancaran buku khas “Kesetiaan Sepanjang Hayat” terbitan Yayasan Penyelidikan Transformasi (FORT).

Dalam pada itu, buku hasil tulisan Pengerusi FORT, Datuk Seri Prof. Dr. Khairil Annas Jusoh itu merupakan pemerhatian beliau selama 20 tahun mendampingi Perdana Menteri.

Ketika melancarkan buku tersebut, beliau menyatakan harapan agar buku itu dijadikan satu bahan bacaan ilmiah yang boleh dijadikan panduan untuk rakyat.

Untuk pengetahuan, buku tersebut tidak dijual di pasaran. Ia hanya diedarkan kepada setiap perwakilan UMNO. Selepas beliau menyempurnakan pelancaran buku tersebut, hanya 11 orang perwakilan terawal dapat buku yang ditandatangani oleh beliau.

-pru14.tv-
116-5

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...